Alhamdulillah hari ini berpeluang untuk menghadiri Majlis Pengenalan Kumpulan @K4LAM dan single MUSA di bawah pimpinan insan hebat, Datuk Haji Aznil Nawawi.
Datuk Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil juga telah membuka satu lembaran baharu dalam karier seninya menerusi penubuhan kumpulan vokal K4LAM yang mengangkat eksperimen penggunaan kecerdasan buatan (Al) dalam penghasilan muzik.
Penggunaan Al dalam muzik tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman kepada kreativiti manusia, sebaliknya, sebagai teknologi yang mampu membuka ruang baharu kepada pengkarya untuk bereksperimen dan memperluaskan imaginasi seni.
Jika dulu untuk menghasilkan satu lagu, satu ruang di dalam bilik akan dipenuhi dengan ramai pemuzik dan peralatan serta alat alat muzik. Dengan AI, semua itu tidak lagi berlaku.
Antara inovasi yang disebut sebagai contoh ialah cara penyampaian mesej. Jika dahulu, menggunakan surat menyurat melalui posmen tapi sekarang semua urusan surat menyurat dibuat melalui email. Tidak lagi memerlukan kertas, envelope, setem. Samada kita suka atau tidak, inovasi pasti berlaku.
Kumpulan K4LAM adalah kumpulan harmonika kontemporari yang lebih dekat dengan seluruh masyarakat tanpa mengira usia dan latarbelakang. Ianya berbeza dengan kumpulan Nasyid. Kumpulan ini dianggotai oleh Isa Khan, menantu saya Zulhilmi, Danny dan Alif yang mana single mereka adalah lagu dari kisah dan terjemahan Al Quran surah Ta-ha.
Bayangkan kita menyanyi sambil mengalun terjemahan ayat ayat dari Al Quran. Masya Allah. Itu lah hasrat Datuk Aznil dalam mengilhamkan naskhah beliau.
Selepas majlis pengenalan ringkas, diadakan jamuan minum petang. Masa makan tu, sempat bergambar dengan the K4LAM boys.
Selepas makan, kami bergambar dengan ahli kumpulan K4LAM dan ahli keluarga masing masing.
Jom ikuti music video mereka di platform Youtube rasmi kumpulan K4LAM.










Ulasan
Catat Ulasan