Saya berpendapat sikap orang Melayu yang dulu sangat terkenal dengan lemah lembut, sopan santun dan beradab telah hilang dalam kehidupan seharian. Seorang kawan saya kongsikan pengalaman bercakap telefon dengan seorang wanita muda yang mungkin berusia dalam pertengahan 30an yang dikatakan sangat kasar dan biadap.
Saya terkedu juga mendengarnya kerana kalau dikira dari segi usia, mungkin sebaya dengan anak anak saya. Rasanya anak anak saya tidak mungkin bercakap kurang ajar pada seorang yang hanya menelefon untuk menanyakan sesuatu. Kalau pun ditakuti pemanggil adalah scammer, pasti ada cara untuk validatenya.
Ketika membaca komen komen di medsos, ternampak komen dari wanita yang diceritakan oleh kawan saya. Ooh patutlah bahasa di medsos yang menulis berkenaan orang yang tidak dikenali juga sangat hauk bahasanya. Nampak sangat unsecured hidupnya.
Hmm tapi wanita Kelantan terkenal dengan lemah lembutnya bila berbicara. Tapi ini, jauh sekali dengan apa yang sepatutnya. Tiada ciri ciri lembut dan berbudi bahasa. Tak apa lah semoga kita dijauhkan dari berurusan dengan orang yang tidak matang dan mungkin bermasalah dalam hidupnya. OK setakat ini dahulu. Sekarang kita masuk pula bab masakan.
Petang semalam kami balik dari Kota Bharu setelah berada di sana selama 4 hari bagi urusan majlis sambut menantu kakak saya. Pagi hari terakhir, kami ke Pasar Siti Khadijah untuk mencari baju kaftan untuk cucu cucu dan juga kuih muih.
Saya belilah juga kulat sisir untuk besan kami, Datin Setia Nursinah yang memang suka dengan kulat sisir. Saya beli untuk saya juga. Kulat ini biasanya tumbuh di batang pokok yang tumbang atau di kayu balak selepas musim hujan.
Kali ini tidak banyak yang menjual. Yang ada hanya lah kulat sisir dari Siam sahaja. Maklumlah sekarang cuaca panas terik dan tidak ada hujan.
Untuk kulat sisir, selain dimasak lemak, sedap juga digoreng dengan telur. Isinya kenyal kenyal sangat sedap di ratah atau dimakan dengan nasi putih.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…
Kulat Sisir Goreng Dengan Telur
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 mangkuk kulat sisir
2 biji telur
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak
Bahan tumbuk:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Segenggam cili pafi - ikut pedas disukai
Cara cara:
Rendam kulat dengan garam selama 15-20 minit. Basuh bersih dan tos.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga keperangan, masukkan telur. Kacau rata.
Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
Akhir sekali masukkan kulat dan kacau rata sehingga kering dan terbit minyak. Angkat dan sedia dihidangkan.




Ulasan
Catat Ulasan