Saya ingin abadikan majlis hari jadi Medina yang dibuat ketika kami baru balik dari London. Walaupun tertangguh, kita tetap abadikan nya di sini. Ianya disambut secara sederhana di rumah besan kami, dengan ahli keluarga kedua belah pihak sahaja.
Majlis dimulakan dengan Medina memotong kek hari jadi dan diikuti dengan bergambar.
Setelah selesai bergambar, kami keluar untuk menikmati hidangan makan malam di taman.
Akhir sekali, kami berkumpul sekali untuk Medina membuka hadiah hari jadi yang diterima.
Alhamdulillah selesai majlis yang ringkas tapi sangat bermakna untuk anak cucu. Happy birthday Medina, Tok Mama doakan agar Medina menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat. Aamiin.













Ulasan
Catat Ulasan