Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Happy Birthday Ammar dan Haider

Azie 14/10/2026 Catat Ulasan

 


Hari ini saya ingin kongsikan majlis hari jadi cucu saya beberapa bulan yang lalu. Dua orang cucu saya iaitu Ammar Yahya dan Muhamad Haider menyambut hari jadi pada tarikh yang sama dibuat pada 8 Ogos kerana hari lahir mereka hanya berbeza beberapa hari. Hahaha tapi dalam tahun yang berbeza lah. 

Walaupun majlis kecil kecilan, kita tetap buat demi menunaikan janji pada Ammar. Dari London lagi dia dah menyebut majlis hari jadi dia. Bagi cucu cucu, mereka menantikan hari jadi untuk mendapatkan apa apa toys yang dikehendaki. 




Setiap tahun kami akan mengadakan majlis hari jadi secara bersama buat mereka berdua. Jika sebelum ini hari jadi mereka dibuat di Balai Bomba Taman Tun, kali ini kami mengadakannya di rumah. 


Jemputan kami juga hanya di kalangan rakan rakan alumni dan jiran terdekat. Yang lain lain semua ahli keluarga kedua belah pihak dan rakan rakan mereka. 



Selepas majlis memotong kek harijadi, kami bergambar sebagai kenang kenangan. 








Selepas itu, kami mula menjamu selera. Ramai tetamu memuji lauk pauk sedap yang disediakan oleh caterer. Saya hanya menyediakan laksa utara panas panas sahaja. Sekadar menambah hidangan yang ada. 



Akhir sekali, selamat hari lahir yang ke 8 tahun buat Ammar Yahya dan 4 tahun buat Haider. Semoga Ammar dan Haider menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat. Aamiin. Tok Mama sayang kedua duanya. Saya meminta mereka memilih sendiri hadiah harijadi yang disukai. 



Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan