Saya tak berkesempatan untuk pos entri berkenaan majlis hari jadi Aliya Hajar kerana selepas majlis tersebut, saya terjatuh dan kaki terseliuh sehingga saya terpaksa bergerak menggunakan tongkat dan kerusi roda. Kemudiannya, mulai sibuk dengan persiapan majlis perkawinan Nelly dan Zul. Walaupun terlambat, saya tetap ingin mengabadikan momen tersebut di nblog saya.
Sebenarnya majlis ini dibuat secara simple sahaja. Kami dah rancang majlis ini dari kami masih di London lagi. Maklum dah berjanji dengan Aliya. Jadi dia selalu lah menghitung hari, berapa hari lagi untuk tiba ke majlis dia.
Aliya berumur 2 tahun ketika kami bertolak ke London. Jadi harijadi yang ketiga tahun, Aliya hanya disambut di London sahaja. Hanya beli kek dan keluar makan. Aliya mula bercakap ketika di sana. Jadi cara percakapan Aliya lebih menyerupai cara Mat Saleh bercakap. Di mana mereka lebih mengamalkan sikap yang friendly dan prihatin pada semua orang.
Begitu lah juga dengan Aliya walaupun dah balik di sini. Sentiasa mengucapkan terima kasih bila diberikan sesuatu dan berpesan supaya berhati hati seperti be careful, Ibu, are you OK, Tok Mama dsb.
Swlain keluarga, kami hanya menjemput rakan rakan alumni dan beberapa orang jiran terdekat sahaja. Lagi pun ianya dibuat dalam tak sampai 2 minggu kami kembali ke Malaysia. Jadinya majlis ini juga dibuat untuk bertemu semula dengan sahabat sahabat dan jiran tetangga.
Saya kongsikan gambar gambar bersama tetamu tetamu kami sepanjang majlis buat kenang kenangan.
Akhir sekali, Selamat hari lahir Aliya Hajar. Tok Mama doakan agar Aliya menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat. Aamiin.













Ulasan
Catat Ulasan