Semalam kami baru balik dari staycation di Barung Tamu di Lenggeng. Semasa di sana, kawan saya, Dr Aziz tolong bawakan batang keladi yang diberi oleh jiran mereka kepada saya.
Jadi bila dah ada batang keladi, teringin lah nak makan gulai kunyit kkuas. Dulu masa kecil, inilah lauk yang snagat saya sukai. Masa itu arwah Bonda menggunakan udang galah segar yang ditangkap setiap hari di sungai belakang rumah kami.
Saya hari ini kongsikan masakan gulai Kelantan yang sangat terkenal di Kelantan. Boleh dikatakan ini adalah masakan harian. Jika di Nogori terkenal dengan masak lemak cili padi, di Kelantan pula terkenal dengan gulai kunyit Lengkuas. Biasa dipanggil gulai kunyit kkuas. Bukan orang Kelantan lah, kalau tak pandai masak lauk ini. Hahaha.
Selain ikan, ianya boleh juga digunakan pelbagai makanan laut seperti udang, ketam dll. Memang sangat sedap. Untuk ikan yang hanyir atau untuk siput sedut, boleh dimasukkan sedikit ketumbar biji.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….
Gulai Udang Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan kisar halus:
Cili kering - rendam - guna 2 sudu besar cili kering kisar
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 ibu jari kunyit hidup
1 sudu besar lengkuas - hiris halus
Bahan bahan:
10-12 ekor udang
Batang keladi - siat kulit luar
5 biji lada solok - mesti ada
1-2 keping asam keping
500 gram santan segar
½ sudu besar garam kasar
½ sudu kecil gula
Serbuk perasa - opsyenal
5 batang lada solok
Cara cara:
Masak santan dan bahan kisar sehingga mendidih. Kena sentiasa kacau supaya santan tidak berketul. Jika suka, batang keladi boleh celur seketika.
Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa.
Masuk udang dan batang keladi. Masak sehingga mendidih. Boleh tutup api.




Ulasan
Catat Ulasan