Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Fulham Palace dan Portobello 5 May 2026

Azie 22/09/2026 Catat Ulasan


Alhamdulillah saya ingin menyambung catatan perjalanan saya di London bersama Encik Suami. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Jika sebelum ini saya mencari bunga wisteria di kawasan perumahan tapi kali ini saya ke taman. 

Saya naik train dari Bermondsey ke Westminster dan tukar ke District line ke Putney Bridge. Turun dan berjalan ke depan dan melalui tempat bas menunggu dan lintas jalan. Masuk ke dalam kawasan pagar dan menuruni tangga. 




Berjalan melalui kubur kristian. Di belakang adanya tembok dengan pagar konkrit. Masuk sahaja walled garden terus nampak taman yang dipenuhi pokok wisteri yang cantik. 

Saya sangat teruja melihat bunga wisteria. Sangat cantik walaupun bunga tidak lagi berwarna ungu terang. Namun masih ada bunga yang masih fresh. 

Saya abadikan gambar gambar semasa di sini buat kenangan seumur hidup. 










Sehingga di sini dahulu, nantikan entri seterusnya di masa akan datang. Salam sayang buat semua. 


Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan