Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Asam Pedas Ikan Merah Dan Bab Kawan Lama

Azie 12/09/2026 Catat Ulasan

 


Saya sebenarnya telah bertahun tahun mencari contact seorang kawan lama dari zaman universiti. Ketika itu tiada handphone, jadi bila menelefon hanya menggunakan telefon rumah sahaja. Dia bukanlah “boyfriend” saya pun kerana saya telah menpunyai boyfriend ketika itu. Dan dia pun tahu yang saya telah menpunyai boyfriend di universiti yang sama. Dia sendiri juga rasanya telah menpunyai girlfriend. Kami hanya sekadar teman bicara, terutama bila cuti penggal universiti. 

Yang lucunya saya sendiri tak tahu nama dia yang sebenar pun. Yang saya tahu adalah nama kawannya yang ada bersama saat kami bertemu kali pertama. Saya akhirnya dapat menghubungi nombor handphone kawannya tapi diberitahu kawannya telah meninggal dunia. Dengan bantuan balu arwah, saya mula mengumpul maklumat termasuk nama sebenar dan kampung asalnya. 

Tapi itu lah terkilan sedikit kerana setelah berpuluh tahun kami lost contact, akhirnya saya dapat contact dan nombor telefon beliau, tetapi beliau tidak menjawab call dan tidak reply whatsapp saya. Begitu juga dengan isteri beliau. Lagi pelik, bila anak anaknya juga bersikap tidak friendly. Saya pun tak pasti kenapa semuanya seperti tidak mahu dihubungi. 

Tapi apa pun, sebagai seorang kawan, saya dari jauh mendoakan agar mereka sekeluarga dalam keadaan baik baik sahaja. Andai mereka sedang diuji, semoga sabar dalam menghadapi apa jua ujian. Setiap manusia akan diuji untuk melihat sejauh mana kita beriman kepada Allah. Lagi lagi di usia warga emas, yang mungkin boleh diuji dengan ujian kesihatan. Kita kena yakin, setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah dan kebaikannya. OK sekarang kita pindah masuk pula bab masakan. 



Saya mendapat idea untuk memasak asam pedas hari ini selepas melohat video mak Datin Atikah yang menyediakan asam pedas ikan pari yang pekat. Adui nampak sedap sekali. 

Sebenarnya menyediakan masakan yang menggunakan cili dan bahan kisar yang perlu ditumis sangat memakan masa. Berjam jam lamanya untuk menghasilkan masakan yang sedap. Untuk asam pedas ini sahaja, lebih dari 1 jam saya menumis dan masa termasuk membasuh semua peralatan hampirlah juga 2 jam.  

Haa kalau nak jimatkan kos seperti gas dan bahan memasak, nak jimat masa beli jer Pes Asam Pedas Azie Kitchen. Hahaha. Nak beli boleh dapatkan di TikTok atau Shopee Azie Kitchen. Boleh klik di SINI.  Sangat mudah dan cepat, yang penting sedap. Kalau masak asam pedas ikan ni rasanya 20 minit jer dah boleh siap. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Asam Pedas Ikan Merah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan merah 
4 sudu besar cili kering kisar
Asam jawa - bancuh dengan air
½ sudu besar garam kasar
½ sudu kecil serbuk lada hitam
½ sudu kecil serbuk jintan manis
10 biji kacang bendi
1 biji buah tomato
1 batang serai - ketuk
1 batang bunga kantan
Sedikit daun kesum
Minyak masak

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
1 ibu jari kunyit hidup

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis cili kering kisar dan serai sehingga garing dan masukkan bahan kisar. Tumis di atas api sederhana sehingga terbit minyak. 

Masukkan air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. Ulang proses ini beberapa kali bagi memastikan bahan tumisan benar benar masak dan garing. 

Masukkan garam, serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam. Masukkan buah tomato. Kacau rata. 

Masukkan air asam jawa dan bunga kantan. Masak sehingga mendidih. 

Masukkan ikan dan biarkan seketika. Tuang air sehingga menenggelami ikan atau ikut pekat yang disukai. Masak sehingga mendidih. 


Masukkan daun kesum dan kacang bendi. Sesuaikan rasa. Renih seketika dan tutup api. 



Selamat mencuba….


Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan