Saya setiap kali menpunyai masalah, pasti saya akan menghubungi ustaz ustaz untuk meminta nasihat. Percaya lah bila kita menpunyai masalah, tak perlu lah bercerita dengan famili termasuk lah anak anak. Mereka tak akan cuba memahami.
Lagi pun setiap kalinmenpunyai masalah, saya akan mencari jalan keluar mengikut tuntutan agama. Alhamdulillah, seorang ustaz menasihatkan saya supaya tidak lagi bercerita dengan sesiapa.
Ini adalah kerana ianya akan menimbulkan masalah yang lain. Sebaliknya mengadu pada Allah dengan pelbanyakkan istighfar dan solat Hajat. Serahkan sahaja pada Allah untuk uruskan yang selebihnya.
Hari ini saya membuka video ustaz dan mendapat zikir dan doa yang boelh diamalkan masa kita dilanda masalah atau ujian. Tiada masalah yang melainkan Allah memberikan jalan keluar. Insya Allah. Zikirnya ialah “Allahu rabbi laa ushriku bihii syai aa”. Ok setakat ini dahulu. Doakan agar apa jua masalah yang saya hadapi akan diberikan jalan penyelesaiannya. Aamiin.
Saya dapat idea nak menyediakan lauk ini hari ini kerana adanya stock terung pipit yang diberi oleh jiran. Dulu saya ada sepokok tapi bibik saya dah cabut buang.
Resipi ini dah lama saya belajar dari rakan sekerja saya yang mana beliau membawa sarapan roti yang diletakkan sambal tempe dan bilis. Dia memberikan sekeping untuk saya mencuba. Sejak itu ianya menjadi lauk kegemaran saya di rumah.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….
Sambal Tempe Ikan Bilis Terung Pipit
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 keping tenpe
1 genggam ikan bilis
Terung pipit
Secubit garam
1 sudu besar gula
3 sudu besar cili kering kisar
Minyak masak
1 biji bawang besar - tumbuk
Cara cara:
Goreng tempe yang dihiris nipis sehingga garing. Angkat dan tos. Goreng pula terung pipit, angkat dan ketepikan. Akhir sekali, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan TOS.
Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis cili kering kisar sehingga garing. Masukkan bawang tumbuk. Tumis sehingga garing dan terbit minyak.
Masukkan air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. Ulang beberapa kali untuk pastikan bahan tumis masak sempurna.
Masukkan gula dan sedikit garam. Kacau rata. Setelah sambal masak sempurna, boleh tutup api dan sejukkan.
Akhir sekali, masukkan tempe, ikan bilis dan terung pipit goreng. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.
Nota:
Sedap dimakan dengan roti dihidang seperti sandwich. Tapi tanpa terung pipit lah.








Ulasan
Catat Ulasan