Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Rendang Kacang Nismilan Ayam Tua

Azie 06/08/2026 9 ulasan


Saya masih trauma dengan kehilangan akses blog saya semalam. Pertama kali terjadi bila blog saya telah di locked dan tidak boleh diakses langsung. Kononnya blog saya flagged dengan isu false positive. Selama beberapa jam kehilangan blog, menjadikan saya cuba mencari alternative. Antaranya ialah membuat back up. Satu perkara yang tidak pernah saya terfikir untuk melakukannya sebelum ini. 

OK lah semoga ujian yang menimpa ini memberikan seribu hikmah bahawasa nya, dalam hidup ini bakal tempuhi pelbagai risiko. Andai ianya terjadi, bagaimana harus kita menghadapinya. 


Sebelum ini saya menyediakan rendang kacang menggunakan isi perut ayam tua. Boleh klik di SINI. Sangat sedap tapi tak semua orang makan isi perut ayam. Saya suka bahagian telur kuning tu sahaja. Tapi untuk mendapatkan isi perut ayam, perlu beli 2-3 ekor ayam tua juga.

Hari ini, saya menggunakan seekor ayam tua dan dalamnya hanya sedikit sahaja isi perut. Tapi tak mengapa kerana daging ayam tua ni sedap sangat dimasak rendang dengan kacang ni. Harga pun tak mahal, hanya RM10 seekor. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....



Rendang Kacang Nismilan Ayam Tua
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam tua 
Kacang panjang
1 kotak santan kotak - santan pekat
1 biji kelapa parut 
Sedikit cili kering kisar - untuk warna
2 batang serai - dititik
1 keping asam keping
Garam

Bahan kisar:
Segenggam cili padi - kena banyak
2 inci kunyit hidup 
6 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia

Cara cara:
Rebus hati ayam, hempedal ayam dan telur bersama isi perut ayam. Kalau menggunakan isi ayam tua, kena rebus dahulu sehingga empuk.

Dalam periuk lain, masak santan pekat bersama bahan tumbuk, cili kisar dan serai dengan api perlahan sambil terus dikacau.

Bila santan dah menggelegak, masukkan ayam rebus. Setelah ayam masak, masukkan hati, hempedal dan isi perut ayam yang direbus tadi. Masak sehingga kuah hampir kering dan pecah minyak, baru masukkan kacang panjang, asam keping dan garam.


Setelah kacang lembut, bolehlah tutup api. Selamat mencuba.


Nota:
Boleh jer guna isi perut ayam seperti hati, hempedal dan telur.

Boleh juga jika mahu ditumis bahan kisar sebelum dimasukkan santan, terutama jika menggunakan santan kotak. 

Jika menpunyai periuk tekanan, boleh masukkan semua sekali ayam, bahan kisar dan santan dan masak selama 30-35 minit. Bila dah angkat, baru dimasukkan bahan perasa dan kacang panjang. Kacau secara stir fry sehingga kacang lembut.



Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan

  1. Salam Puan Azie. Ya semalam sy ingtkan Puan dh decide taknak blogging lagi. Sedih sangat tiba2 tak boleh akses.. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengan kejadian ini juga, saya tahu siapa yang masih setia dengan blog saya. Terima kasih puan. Luv u.

      Padam
    2. Ya sama!! Saya pun berfikir mcm tu jgk.. sedih sgt time tu! Setiap kali nak cuba menu yg jarang dimasak, saya akn rujuk blog Pn Azie.. Alhamdulillah, skrg dh boleh buka semula. Teruskan berkarya dan berkongsi dengan kami ya puan.. Banyak jasa puan kpd dunia masakan kami🤗. Terima kasih puan.

      Padam
  2. kali pertama melihat rendang disajikan bersama dengan kacang panjang. menarik ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap ni. Kacang jgn terlebih masak, baru rangup.

      Padam
  3. Kak Azie pun kena ye...ramai kawan2 blogger kena semalam, risau betul la....sedapnya rendang ayam tua campur kacang tu..arwah mak saya selalu buat dulu...

    BalasPadam

Catat Ulasan