Saya bersyukur sangat kerana tidak diuji dengan ujian yang berat terutama yang berkait dengan jalan yang haram. Maklumlah sekarang di sana sini cerita bab rasuah. Manusia makan rasuah dengan tiada rasa bersalah pun. Dari bawah sehingga ke atas. Macam macam jenis rasuah termasuk lah rasuah penyalahgunaan kuasa.
Teringat masa jumpa sahabat saya yang memang terlibat dalam satu task force di peringkat nasional menceritakan terlalu ramai orang yang terlibat dengan rasuah. Sehingga yang berada di dalam task force juga ada terkait dengan kes yang disiasat. Musang pun dah berbulu ayam. Ramai yang terlepas kerana undang undang memerlukan pembuktian beyond reasonable doubt. Pendekata cash is king. Pegar yang diharapkan juga menjadi pegar makan padi.
Ada juga kisah ahli politik yang telah meninggal dunia, di mana kes perebutan harta bernilai berbillion di kalangan waris arwah. Saya tak mengata arwah rasuah. Tapi bagaimana harta boleh memecahkan hubungan kekeluargaam. Lebih malang, jika harta ada unsur yang tidak bersih. Bak kata seorang ustazah di dalam video di mana orang yang meninggal dunia akan meninggalkan semua hartanya pada waris. Tak boleh dibawa satu pun ke dalam kubur.
Hatta kalau pun boleh dibawa, contoh dimasukkan sekali jongkong emas berkilo kilo ke dalam kubur juga, tiada gunanya pun. Bukan ada mall atau tempat shopping di dalam kubur. Sangat menginsafkan. Orang yang banyak harta, maka umpama di dunia banyak lah urusan pengistiharan di pemeriksaan kastam di pintu masuk negara berbanding dengan yang tidak membawa masuk apa apa, boleh terus jer melalui green lane. Nothing to declare.
Begitu lah juga kita akan dihisab dengan harta yang kita miliki. Dari mana ianya diperolehi dan ke mana ianya dibelanjakan. Ok setakat ini dahulu, kita masuk pula bab masakan.
Saya menyediakan mee hoon ini untuk sarapan hari pertama selepas Nelly dan Zul balik dari honeymoon di Bali. Mereka ke sana sebaik selesai majlis resepsi di Putra Glass Hall.
Nelly yang mencadangkan supaya saya menyediakan mee hoon goreng untuk sarapan. Oleh kerana semua bahan ada di dapur, saya ikut sahaja. Lagi pulak, resipi ini adalah resipi mee hoon goreng kesukaan saya buat masa ini.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….
Mee Hoon Goreng
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 pek mee hoon - 400 gram
4 sudu besar sos cili
2 sudu kecil garam
3-4 sudu besar gula
Daging/ayam atau yang disukai
Sayuran disukai
2 biji telur
Cili merah - hiris
Daun bawang - hiris
Bawang goreng
Minyak masak
Bahan kisar:
2 genggam bawang putih
2 genggam ikan bilis
4 jemput cili kering
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak sempurna.
Masukkan ayam dan kacau rata sehingga ayam masak. Masukkan sos, garam dan gula.
Masukkan telur dan kacau sehingga telur masak. Tuang 1 mug air dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan mee hoon (rendam seketika sahaja dengan air sejuk) dan kacau rata sehingga air kering dan mee hoon menjadi lembut. Nota: tambah air panas, jika air tidak mencukupi dan mee hoon masih belum lembut.
Akhir sekali, masukkan daun sayuran dan kacau rata. Sebelum dihidangkan tabur cili merah dan bawang goreng jika ada.




Ulasan
Catat Ulasan