Alhamdulillah cuti sebelum Hari Merdeka, kami sekeluarga bercuti di Port Dickson. Kami dah merancang percutian dari kami ri London lagi. Cuma hari terakhir kami kena check put awal pagi kerana ada majlis pernikahan anak saudara di Shah Alam. Boy dan famili pula dari PD terus ke KLIA di mana mereka bercuti di Perth bersama keluarga besan saya.
Sepanjang tinggal di villa ini, kuih muih yang disediakan untuk sarapan dan minum petang, semua sedap sedap. Untuk makan tengahari san malam, kami menempah dari caterer yang dicadangkan oleh villa.
Cuma saya terkilan sedikit kerana dalam menu yang ditempah untuk makan malam di tulis masak lemak daging salai. Saya yang memang peminat masakan Nogori, dah excited sangat.
Tapi tahu tak yang sampai bukan daging salai tapi masak lemak daging yang mungkin hanya dibakar. Tak terasa pun aroma bakar apalagi aroma salai. Itu lah sebagai peniaga, kenalah jujur.
Maaf cakap, berdosa bila anda tidak menghantar menu yang dijanjikan. Berdosa dan jangan main main dengan dosa. Duit tak boleh menebus dosa. Saya balik dengan perasaan terkilan sedikit. Bukan saya yang membuat tempahan. Jika saya ada nombor, pasti saya dah wa malam tu juga. Ikhlas dan dalam apa jua aktiviti kita seharian kerana kita tidak tahu bila masa untuk kita mengadap illahi. Ok lah setakat ini dahulu. Sekarang kita masuk pula bab masakan.
Saya dan anak anak memang suka mee goreng terutama resipi ini. Kalau saya tukar resipi lain, mesti anak anak akan tanya kenapa tak masak mee mama. Haa mereka dah panggil mee mama. Jadi nak senang buat rujukan, saya namakan mee goreng Azie Kitchen yang saya masak berdasarkan trial and error.
Dari kecil saya suka mee goreng. Biasanya makan mee bodo yang 50 sen sebungkus jer. Bila dah ada duit sikit, baru beli mee yang bila order baru digoreng. Mee yang paling sedap pada saya setakat ini dan yang paling saya rindui ialah mee goreng di Pasar Besar Bachok.
Tapi selepas saya masuk universiti, balik tengok dia dah tak berniaga di situ. Pasar itu pun dah dibuat tempat baru. Zaman tu tak ada handphone, tak adalah minta nombor ke atau bertanya nama. Tapi saya merindui rasanya sehingga sekarang.
Yang saya masih ingat mee goreng tersebut kekuningan dan dia guna air sup atau air rebusan daging. Mungkin sos dari Thailand yang saya rasa lah.
Kalau di Kelantan, kita makan dengan diperah air limau nipis. Begitu juga saya sehingga sekarang kalau nak makan, memang akan perah air limau nipis. Limau nipis tau, bukan limau kasturi. Lain rasanya. Jika suka, boleh juga renjis 1-2 ke dalam mee sebelum ditutup api.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…
Mee Goreng
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 pek mee kuning
1 sudu besar cili kering kisar
2 ikat sayur
1 biji telur
1 mangkuk daging
Fish cake
Cili merah
Buah tomato
Limau nipis
Bahan lain:
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya
Secubit garam - jika perlu
Bahan tumbuk:
4-5 biji bawang merah
5-6 ulas bawang putih
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau, masukkan cili kering kisar. Tumis sehingga cili garing.
Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan air secukupnya untuk empukkan daging.
Setelah daging empuk, masukkan fish cake dan bahan bahan sos.
Masukkan kicap manis secukupnya dan batang sayur. Kacau rata sehingga mendidih.
Akhir sekali masukkan mee yang telah dibasuh manja. Masukkan daun sayuran, cili dan buah tomato.
Ketepikan mee dan tuang telur. Tutup dengan mee dan biarkan sehingga telur masak, baru dikacau rata.
Sedia untuk dihidangkan. Masukkan hirisan limau nipis untuk diperah atas mee.








Ulasan
Catat Ulasan