Resipi · Tip Dapur · Citarasa Nusantara

Azie Kitchen

Malaysia Food Blogger

 ◆ ◆ ◆ 

Masak Lemak Cili Padi Ketam Dan Intermittent Fasting

Azie 20/08/2026 Catat Ulasan

 



Saya berazam mulai hari ini untuk mengurangkan pengambilan gula dalam diet saya. Hahaha. Ini adalah kerana semalam ketika saya ke klinik, doktor bertugas yang juga kawan anak saya menasihati saya supaya mengurangkan berat badan bagi mengurangkan risiko sakit lutut. 

Terus dia mengajar cara mudah untuk mengurangkan berat badan secara sihat iaitu dengan mengamalkan internittent fasting IF. Selama ni malas nak faham apa itu IF. Bila dengar penjelasan dia baru faham. Kenapa kita berpuasa tapi kita berjaya menurunkan berat badan dengan banyak. 

Ini adalah kerana tempoh berpuasa selama 12 jam hanya membakar gula yang diambil sehari sebelumnya. Contoh kita bersahur pukul 6.00 pagi. Dari pukul 6.00 pagi sehingga 6.00 petang, badan akan mengguna gula yang telah diambil sehingga habis. Se jam kemudian, kita berbuka puasa. Badan akan mula membakar lemak bagi ditukar kepada gula untuk keperluan tenaga selepas gula habis digunakan. Maknanya selepas 12 jam berpuasa, baru badan akan membakar lemak untuk ditukar kepada gula. 

Jadi tempoh pembakaran lemak hanya sejam sahaja dari pukul 6.00 sehingga berbuka puasa. Jadi masa nya pendek. Dengan IF pula, katakan kita mula berpuasa dari pukul 8.00 malam sehingga pukul 8.00 pagi, di mana gula akan digunakan. Selepas itu kita sambung lagi berpuasa selama 4 jam iaitu sehingga pukul 12.00 tengahari. Jadi tempoh dari pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari adalah di mana lemak dibakar. 

Pukul 12.30 atau 1.00 tengahari, kita boleh makan. Apa yang kita skip? Kita skip hanya lah sarapan. Kita makan lah nasi dengan lauk pauk dan sayuran tapi dalam jumlah yang sederhana. Dalam tempoh pukul 1.00 tengahari sehingga 8.00 malam, kita boleh makan apa sahaja asal yang tidak manis. Tiada minuman manis, tiada kuih muih atau apa apa yang manis. Yang menariknya sepanjang berpuasa IF, kita boleh minum air kosong atau teh tanpa gula. 

Sebenarnya tindakan yang sama juga diamalkan oleh baginda Rasulullah di mana selepas pukul 8.00 malam, baginda tidak lagi makan sehingga keesokannya. Kita lakukan puasa IF selama 5 hari seminggu. 

Manakala 2 hari Isnin dan Khamis, kita berpuasa seperti biasa. Tempoh pembakaran lemak masa berpuasa sunat lagi lama untuk orang yang bersahur dengan air kosong sahaja seperti saya. Doakan saya kuat dan berjaya ya. OK sekarang kita masuk pula bab masakan. 


Saya memasak masak lemak ketam hari ini untuk saya berbuka puasa. Lagi pulak hari ini, Juita balik selepas bertugas di Melaka sejak hari Isnin. 

Untuk masak lemak, saya suka kuah yang pekat dan berlemak. Oleh kerana santan perah tak cukup pekat, saya tambah lah separuh kotak santan kotak. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…


Masak Lemak Ketam Dengan Belimbing 
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan-bahan
5-6 ekor ketam 
1 biji kelapa parut
Sedikit santan kotak
1 sudu kecil garam atau secukupnya
1 keping asam keping
1 mangkuk belimbing buloh
Daun kunyit 

Bahan kisar:
Segenggam cili pafi kampung 
3 biji bawang merah
1-2 inci kunyit hidup

Cara cara:
Masak bahan kisar sehingga hampir kering. Masukkan ketam. Kacau rata. 


Masukkan belimbing buloh. 

Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. 

Masukkan garam, asam keping dan daun kunyit. Masak sehingga mendidih.  Setelah itu, perlahankan api dan renih seketika. Boleh tutup api. 



Sudah cuba resipi ini?
 

Ulasan