Entah kenapa kebelakangan ini, saya memang jarang menonton televisyen lagi lagi rancangan hiburan yang me laghaa kan. Ya semua rancangan hiburan memang memberi laghaa. Tapi ada yang keterlaluan, contoh program nyanyian oleh warga emas. Keterlaluan kerana warga emas ini sepatutnya berehat dan menumpukan pada kerja yang lebih sesuai dengan usia.
Rancangan drama Melayu pula, asyik menunjukkan babak atas katil. Tak boleh ke sekadar membuat gimik sahaja tanpa menunjukkan pelakun berbaring di atas katil. Memang lah masa pengambaran ada ramai orang. Tapi drama sebegitu juga ditonton oleh ramai kanak kanak. Pastinya ia akan memberi kesan tidak baik.
Saya baca satu komen bab penyanyi yang memakai baju ketat dengan warna nude. Manakala pelakun watak Puteri Gunung Ledang pula memakai baju yang agak terdedah dan seksi. Dia menulis bahawa artis adalah agen yang membawa perkara yang haram.
Saya tidak tahu nak komen apa kerana saya takut ianya menjadi kemarahan. Tapi kalau berlakun dengan watak bersentuhan lelaki perempuan, memang lah haram kan. Begitu juga suara merdu penyanyi wanita yang dikatakan aurat dan haram. Tak tahu lah macam mana dengan masa depan artis wanita dalam dunia hiburan di masa depan. Kesedaran kepada tuntutan agama memang sangat tinggi sekarang ini.
Saya tidak menafikan sebagai manusia, kita memang memerlukan hiburan. Saya suka mendengar lagu lagi di kala sunyi. Bukan lah sepanjang masa nak dengar alunan Al Quran. Kita manusia kan. OK sekarang kita masuk pula bab masakan.
Saya menyediakan kari ayam tanpa menggunakan santan dengan terung yang masih berbaki. Terung yang diberi oleh besan saya, Datin Setia Nursinah. Dia menanam secara hidroponik di belakang surau rumahnya.
Sebenarnya bila kita hari hari memasak ni, kadang memang kekeringan idea. Tapi terpaksa juga memasak kerana anak dan cucu balik petang nak makan. Kebetulan juga hari ini saya berpuasa sunat.
Lauk ini sangat sedap dimakan samada panas atau sejuk. Wallaa cicah dengan roti atau roti canai pun sedap juga. Serious selepas dimasak, berbau wangi satu rumah dengan bau terung.
Kalau kari seperti ini, paling sedap digandingkan dengan ikan goreng garam kunyit dan sambal Kelantan. Dah cukup sedap dan boleh menambah berpinggan pinggan nasi.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.....
Kari Ayam Dengan Terung Tanpa Santan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
½ ekor ayam - potong kecil
3-4 biji terung
2-3 biji lada solok
6 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
Kayu manis, bunga lawang
2 sudu kecil garam
1-2 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu besar gula Melaka
Asam jawa secukupnya
Bahan tumbuk:
1 biji bawang besar - saiz sederhana
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan kayu manis serta bunga lawang sehingga naik bau.
Masukkan ayam dan kacau sehingga air ayam kering dan terbit minyak.
Masukkan serbuk kari dan kacau rata. Nota: saya campur rempah kari ayam Adabi dan rempah kari ayam cap Jam. Masukkan air dan kacau lagi sehingga terbit minyak.
Masukkan serbuk kunyit dan air asam jawa. Setelah terbit minyak, tambah air lagi secukupnya.
Masukkan terung dan kacau sehingga terung hampir lembut, masukkan semua bahan perasa iaitu garam, serbuk pati ayam dan gula Melaka.
Setelah terung masak, boleh tutup api.
Nota:
Jika suka kari bersantan, boleh juga masukkan santan sebelum dimasukkan bahan perasa.







Ulasan
Catat Ulasan