Kebelakangan ini saya merasa sangat stress dan down. Saya merasa hidup saya sangat sepi walaupun dikelilingi ramai orang. Mungkin kerana saya tidak dapat bergerak seperti dahulu. Berjalan pun kena menggunakan tongkat dan wheelchair.
Saya mencari ketenangan dengan berzikir, berselawat dan mengaji sehingga saya merasakan Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan melimpahkan RahmatNya pada saya. Saya mendengar video tazkirah ustaz ustaz untuk menasihati diri saya.
Video Tokku Pasir Gudang membuatkan saya lebih tenang. Antara yang disebut ialah perbanyakkan berzikir kerana Allah akan memberi lebih baik kepada orang berzikir dari orang yang berdoa. Banyakkan amal soleh dari meminta hal duniawi. Kerana hal dunia, tetap kita akan dapat. Kalau tak doa pun akan dapat.
Jadikan kesibukan kita pada zikir terutama 4 zikir yang utama selepas Al Quran iaitu subhanallah, Alhamdulillah, lailaa haillallah, Allahuakbar. Dengan zikir, dunia juga akan diperolehi. OK setakat ini dahulu, kita masuk pula bab masakan.
Saya memasak paru berlado kerana ada stock paru yang dapat masa korban baru baru ini. Yang suka lauk paru ini ialah Nelly dan Aween. Jadi saya memasak semua sekali paru yang ada.
Memasak paru ini ada pelbagai cara. Ada yang guna cili kering, ada guna cili hidup. Kalau guna cili hidup, biasa dipanggil sambal berlado. Ada yang paru digoreng garing dan ada yang dibiarkan lembik sedikit.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….
Paru Berlado
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Paru
Garam
1 sudu besar gula
Minyak masak
Bahan kisar kering:
6 biji cili merah
1 biji bawang besar
2-3 ulas bawang putih
Cara cara:
Rebus paru dengan halia, serai dan garam sehingga empuk. Nota: cuxuk dengan garfu untuk lihat kalau dah empuk. Sejukkan dan hiris nipis yang disukai.
Panaskan minyak dan goreng sehingga garing disukai. Angkat dan tos.
Di dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar kering sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air.
Masukkan garam, gula dan asam keping. Kacau rata.
Setelah terbit minyak, masukkan paru dan kacau rata. Siaaap.
Catat Ulasan for "Sambal Paru Berlado Dan Bab Zikir"
Add your comment