Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Paru Lauk Nasi Lemak Dan Bab Sekolah Ammar




Assalamualaikum sebelum kita masuk bab resipi, saya ingin kongsikan perkembangan terbaharu persekolahan Ammar. Alhamdulillah berada di minggu kedua, terdapat perkembangan positif bila cikgu yang sebelum ini garang telah pun berjumpa Ammar secara personal dan acknowledged yang Ammar adalah seorang good student. Begitu mulia bila seorang guru sanggup berbuat begitu dan kami sangat berterima kasih juga. 

Ammar balik dan masa dalam kereta terus bercerita pada kami yang dia juga cuba menjawab soalan dalam Bahasa Malaysia dan English dalam satu ayat. Hahaha apa maksud Ammar pun saya tak jelas. Mungkin maksudnya dia guna bahasa Inggeris bila dia tak tahu apa nak disebut. 

Setiap kita tidak sempurna, ada kelemahan tapi bila kita sanggup mengakuinya adalah sesuatu yang sangat green flag. Saya mengakui tidak mudah menjadi seorang guru lagi lagi kelas darjah 1 dan 2 kerana tidak semua budak budak dah pandai sebelum menjejak kaki ke sekolah. Tidak semua mereka bernasib baik untuk mendapat pendidikan pra persekolahan. Murid murid pula ramai dalam satu kelas. 

Saya memahaminya kerana saya melihat sendiri kelas tersebut di hari pertama Ammar ke sekolah. Saya ikut sekali ke sana. Keadaan bilik juga berbeza dengan zaman saya bersekolah rendah dulu di mana meja dan kerusi tersusun kemas dan teratur. Kali ini saya nampak lebih berselerak. Ada kebaikannya setting begini. Juga ada kelemahannya. Namun kita raikan perbezaan. OK sekarang kita masuk pula bab resipi. 



Hari ini saya kongsikan satu resipi yang saya pelajari dari sahabat alam maya saya yang dulu berniaga nasi lemak. Tertarik bila membaca apa yang ditulis yang lauk ini sangat laris dan menjadi pilihan pembeli. 

Saya minta beliau mengajar saya ketika saya masih di London lagi. Cuma hari ini baru berpeluang mencubanya. Keunikan resipi ini ialah penggunaan 4 jenis cili iaitu cili kering dan cili hidup. Terima kasih Melea kerana kongsi resipi dan semoga menjadi amal jariah di akhirat kelak. 



Jom layan resipi yang saya guna hari dan cara cara penyediaannya. Selamat mencuba... 



Sambal Paru Lauk Nasi Lemak 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
250 -300 gram paru - rebus sehingga empuk. Lumur garam dan serbuk kunyit. Goreng kenyal kenyal. 

Bahan kisar:
2 biji bawang besar 
5 ulas bawang putih 
5 sudu besar cili kering - segenggam pedas dan tak pedas direbus dan kisar 
5 biji cili hidup merah
5 biji cili padi merah
1-2 sudu besar sos tiram
1 kiub pati ayam
1 sudu besar gula tebu
Garam secukupnya
1-2 keping asam keping
1 biji bawang Holland - hiris

Cara cara:
Rebus paru sehingga empuk bersama halia, asam keping dan serai. Angkat dan sejukkan. 

Hiris mengikut nipis yang disukai. Lumur garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng mengikut garing yang disukai. Nota: saya goreng kenyal kenyal sahaja. 



Tumis bahan kisar sehingga garing, masuk cili kering kisar dan tumis sehingga terbit minyak. 


Masuk cili hidup kisar dan tumis lagi sehingga garing. Masukkan kiub ayam, sos tiram, garam, gula dan asam keping. 


Masukkan paru goreng dan bawang Holland. Gaul rata.





Nota:
Untuk lauk nasi lemak, paru sedap dimasak kenyal kenyal. 


Catat Ulasan for "Sambal Paru Lauk Nasi Lemak Dan Bab Sekolah Ammar"