Percutian Di Batam - Day 1
Saya sangat teruja untuk bercuti ke Batam. Lagi lagi selepas balik dari London. Maklum lah rasa macam lama tak berjalan jalan dengan BFF. Masa ke Itali dan Switzerland, kami jumpa di Itali. Bila sama sama bertolak dari airport, rasa kegembiraannya lain.
Itu yang saya membuat exercise briskwalk untuk menguatkan stamina terutama betis dan kaki. Tapi malang tak berbau, hari pertama exercise, kaki saya dah terseliuh kerana melanggar basikal Aliya yang berhenti tanpa saya sedari.
Saya dimasukkan ke ward melalui ward kecemasan kerana saya tidak lagi dapat berdiri dan tidak boleh duduk di lantai juga semasa solat. Selepas 2 hari dimasukkan ke ward, saya meneruskan juga hajat untuk ke Batam bersama kawan kawan. Saya tahu dari expresi muka, doktor macam keberatan tapi sebab saya insist, dia benarkan juga dengan memberikan surat pengesahan.
Saya discharged dari hospital dan keesokan pagi pada 19 Jun 2026, selepas solat subuh, kami berangkat ke KLIA dalam keadaan saya belum biasa bergerak sendiri tanpa bantuan nurse seperti mana di ward. Saya belum pandai menggunakan tongkat pun, apalagi untuk naik dan turun.
Saya agak nervous dan berdoa dan berselawat serta berzikir sepanjang perjalanan agar dipermudahkan. Apa yang saya fikirkan ialah kesusahan untuk ke tandas dan untuk solat ketika di luar hotel.
Sebaik melihat wajah kawan kawan yang tiba di KLIA memberikan saya kegembiraan walaupun jauh di hati merasa bersalah andai pergerakan saya akan melambatkan perjalanan mereka.
Tapi saya kuatkan hati bila melihat gurauan mereka. Maklum kami dah kenal lebih 40 tahun. Husband menolak wheelchair dan saya juga memegang tongkat kerana ada tempat seperti dari pintu kapalterbang sehingga ke tempat duduk, saya perlu berjalan.
Begitu juga di dalam tandas, saya perlu bergerak. Saya tidak boleh memberi tekanan pada kaki kanan saya yang mana tulangnya ada keretakan dan ligamen juga ada kecederaan.
Alhamdulillah perjalanan pergi sangat lancar kerana seat kami di bahagian hadapan sahaja. Turun juga menggunakan lift. Cuma naik coaster jer yang masih menjadi masalah kerana saya tidak mendapat cara yang tepat sehingga Dato Setia Salehuddin dan Haji Kamaruddin membantu saya dengan memberikan teknik yang betul untuk naik dan turun. Mereka menpunyai pengalaman kerana pernah menguruskan keluarga yang menggunakan wheelchair dan tongkat.
Sebaik keluar dari Hang Nadim Airport, Datuk Mohamad Khairi, bro Azhar dan Dr Nor Salita telah menunggu kami bersama dengan Adib pembantu pelancung kami. Mereka tiba di Batam lebih awal.
Ketika kami sampai, terasa bahang kerana cuaca di Batam sangat panas. Kami kemudian menaiki coaster, dan di bawa ke Restoran Pagi Sore untuk makan tengahari yang di sponsor oleh Datuk Khairi. Makanan Padang memang kegemaran kami semua. Alhamdulillah makan sehingga kekenyangan.
Kami kemudian dibawa ke Italy Moda untuk shopping fabrik. Tapi pergerakan terbatas menyebabkan saya hanya mengharapkan staf menunjukkan apa yang saya minta sahaja. Di sini tiada lift untuk ke tingkat atas.
Tapi kain di sini tidak lah sangat murah. Namun kain satin agak cantik tebal dan flowly. Tiada seorang pun dari kami tang mengambil gambar sepanjang di sana. Masing masing sibuk membuat pilihan fabrik dan minum air kopi. Di bawah ini adalah satu satunya gambar yang saya ambil di sana.
Selepas itu, kami dibawa ke Nagoya Mall untuk shopping dan solat di surau di situ. Tapi saya tak boleh naik kerana hanya ada tangga untuk ke surau. Hubby telah menolak saya ke bilik nursery. Di situ saya mengambil wudhu dan solat sebelum kemudian husband naik solat di surau.
Lama juga di sini tapi tiada apa yang menarik untuk saya yang bergerak perlu ditolak dengan kerusi roda. Akhirnya kami keluar dan minum bersama sama kawan kawan yang telah terlebih dahulu minum di situ.
Kami kemudian dibawa ke Restoran Kopak Jaya iaitu restoran terapung untuk makan malam. Bila menuruni tangga, pekerja restoran membantu mengangkat kerusi roda untuk turun.
Makanan kat sini sedap sedap dan pastinya sangat fresh. Saya yang sepatutnya alergi dengan makanan laut, makan juga. Selain ikan, udang, ketam, ada juga siput gonggong yang perlu dicungkil isinya dengan menggunakan lidi. Rasanya tak pernah makan siput ini di semenanjung. Pernah makan sekali semasa ke Kota Kinabalu.
Kemudian kami dibawa ke hotel untuk check in di Harris Resort Balerang. Bilik kami terletak di tingkat 5 yang sama level dengan jalan ke lobby hotel. Tapi sebab tiada penghuni di bilik sebelah, terasa juga sunyi. Kawan kawan pulak bilik mereka di tingkat lain yang jauh dari kami. Bila ke mana mana, saya suka jika dapat bilik berdekatan antara satu sama lain.
Sehingga di sini dulu, catatan perjalanan hari pertama kami di Batam. Nantikan sambungannya di entri seterusnya. Salam sayang buat semua….























Catat Ulasan for "Percutian Di Batam - Day 1"
Add your comment