Menikmati Keindahan Cherry Blossom Dengan Hazween
Assalamualaikum. Hari ini saya ingin kongsikan catatan perjalanan saya di London bersama anak saya. Hazween tiba di London pada 21 April 2026. Setelah lama terperap di rumah, akhirnya saya jadi macam pelancung juga yang berjalan di tempat menarik di London dan bergambar.
Sebelum ini tak pergi pun sebab rasa macam dah tinggal di sini. Memang setiap kali ke central London, akan lalu kawasan eyes of London. Jadi bila keluar lebih kepada praktikal seperti pakai baju sejuk tebal untuk menahan kesejukan. Bukan pakai baju cantik macam untuk bergambar.
Selepas sarapan dalam pukul 9 pagi keesokannya, saya dan Aween keluar rumah untuk ke Greenwich Park. Kali ini adalah untuk melihat lagi bunga Cherry Blossom bersama Aween.
Walaupun saya baru 2 hari lepas ke sini tapi saya fikir untuk datang lagi sementara Aween ada di sini dan sementara bunga Cherry Blossom masih ada. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Rasa rugi kalau tak datang kerana cherry blossom berkembang tak lama. Lagi pun Aween rasanya pun tak pernah lagi melihat bunga cherry blossom.
Kami keluar awal pagi supaya orang tiak terlalu ramai. Alhamdulillah kerana memang betul, ketika sampai orang belum terlalu ramai. Jadi senang lah untuk bergambar.
Cherry blossom ini sangat cantik lagi lagi kalau melihatnya sendiri dari dekat. Memang sangat mengasyikkan. Ianya adalah satu bucket list yang saya fikir akan bertemu dengannya di Japan. Rupanya rezeki berjumpa di London. Alhamdulillah.
Selepas bergambar di sini, kami kemudian berjalan ke arah Royal Observatory. Cantik view di sini. Kami bergambar di situ.
Selepas itu kami berjalan keluar untuk mengambil bas dan terus turun di kawasan berhampiran dengan Big Ben. Nantikan entri seterusnya.







Catat Ulasan for "Menikmati Keindahan Cherry Blossom Dengan Hazween"
Add your comment