Mee Hoon Goreng Dan Bab Cikgu Garang
Assalamualaikum telah lama saya tak update entri untuk resipi dan masakan. Jadi hari ini saya gagahkan lah menulis. Hari hari saya memasak jer. Cuma tak sempat menulis di blog. Sebelum saya masuk bab resipi mee hoon kegemaran saya ini, saya ingin menulis sedikit bab cucunda saya Ammar Yahya.
Sebelum berangkat ke UK pun Ammar memang bersekolah di International School. Jadi setelah balik, anak saya decide untuk masukkan Ammar di sekolah kebangsaan kerana mahukan Ammar lebih pandai bergaul dan bertemu ramai orang.
Dia memang pandai dan bijak, malahan semasa di London pun dia menjadi top scorer dalam ujian yang dibuat pada hari ketiga dia masuk sekolah. Jadi kalau sekadar pandai tapi tak ada exposure dengan masyarakat pun susah juga. Biasalah sekolah private ni ramai anak anak orang kaya. Jadi guru guru lebih pada untuk membuatkan ibubapa happy dengan pencapaian anak anak.
Hari pertama melaporkan diri di sekolah kebangsaan pada hari Isnin lepas 8 Jun 2026, kami bertemu dengan guru kelas dan memberitahu bahawa Ammar kurang fasih berbahasa Melayu. Tapi dia boleh lah faham juga. Guru kelas nya baik dan mesra.
Pada hari ketiga, Ammar balik dengan stressnya memberitahu guru subjek Matematik dah menjerit jerit marah padanya kerana dia tak faham. Dia menjadi takut dan sedih untuk ke sekolah walaupun hari yang tiada subjek tersebut.
Cikgu, boleh tak cikgu lebih sabar dengan Ammar. Cikgu mesti tahu latarbelakang dia dan dia baru beberapa hari masuk ke sekolah. Kalau dia tak faham dalam bahasa Melayu, cikgu explain lah dalam bahasa Inggeris. Tak kan tidak kan.
Kami pun akan membantu beliau dengan cara kami juga. Saya tak minta pun layanan istimewa diberikan. Tapi saya dapat tahu cikgu suka menjerit jerit dalam kelas. Budak darjah dua jer pun. Budak budak lagi. Kena lah lebih sabar dan bertoleransi. Cucu saya beritahu cikgu pun tak muda. OK lah cikgu. Meh kita masuk pula bab masakan. Nanti saya juga jadi lebih stress.
Saya dah lama tak berkongsi resipi di sini. Draft pun dah menimbun. Tak sempat sebabnya saya ni masih belum pulih sepenuhnya. Masih body clock kat London.
Hari ini saya kongsikan resipi mee hoon goreng simple kegemaran saya. Yang mana tak suka gula tu, tak payah lah letak. Tapi rasanya akan berbeza dengan apa yang saya ajar di sini.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….
Mee Hoon Goreng
Oleh: Azie KitchenBahan bahan:
200 gram mee hoon
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
Daging/ayam atau yang disukai
Sayuran disukai
1 biji telur
Cili merah - hiris
Daun bawang - hiris
Bawang goreng
Minyak masak
200 gram mee hoon
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
Daging/ayam atau yang disukai
Sayuran disukai
1 biji telur
Cili merah - hiris
Daun bawang - hiris
Bawang goreng
Minyak masak
Bahan tumbuk/kisar:
1 genggam bawang putih - 4 ulas
1 genggam ikan bilis
2 jemput cili kering
1 genggam bawang putih - 4 ulas
1 genggam ikan bilis
2 jemput cili kering
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk. Masukkan terus daging sebab daging memakan masa untuk empuk.
Setelah daging empuk, masukkan sos cili, gula dan garam. Kacau rata.
Masukkan telur dan kacau rata.
Masukkan 1 mug air dan masak sehingga mendidih. Masukkan mee hoon yang telah direndam seketika dengan air sejuk.
Kacau rata sehingga air kering. Masukkan sayuran dan kacau sehingga terbit minyak.
Tutup api dan tabur dengan cili hiris dan bawang goreng.
Selamat mencuba….







Catat Ulasan for "Mee Hoon Goreng Dan Bab Cikgu Garang"
Add your comment