Jalan Jalan Di Belgravia Square dan Hyde Park 23 April 2026
Alhamdulillah, hari ini saya ingin menyambung catatan perjalanan saya dengan Aween pada hari kedua. Boleh klik entri sebelum ini di SINI dan SINI.
Hari kedua, kami ke Victoria dengan mengambil bas C10 dari Bermondsey station. Bas terus ke Victoria station. Perjalanan mengambil masa lebih 1 jam tapi saya tak kisah pun kerana perjalanan ini membolehkan saya menikmati keindahan kota London.
Kami kemudian berjalan jalan kawasan sekitar rumah di Belgravia Square yang cantik cantik untuk bergambar. Ada bunga wisteria berwarna ungu yang cantik. Tapi sayang sebab masa tu, saya tak kisah sangat lagi untuk menikmati keindahan bunga wisteria. Belum lagi ada mood wisteria hunting. Rugi sungguh rugi.
Dari situ, kami kemudian berjalan di kawasan Sloane Street untuk ke Hyde Park di mana sepanjang jalan banyak bunga bunga tulip yang cantik beranika warna. Saya singgah bergambar dengan bunga tulip.
Dari situ, kami melalui banyak butik butik berjenama mewah. Saya singgah di butik Chanel untuk melihat bag yang saya berkenan.
Dari situ, kami kemudian masuk ke Hyde Park. Setelah banyak kali datang ke Hyde Park. barulah kali ini saya dapat membayangkan kedudukan Hyde Park walaupun tidak sepenuhnya. Kenapa terjadi begitu, kerana kita datang bercuti sekejap kejap. Jadi bila singgah ke sini, hanya untuk bergambar sahaja. Sekadar jalan jalan dan bergambar dan kemudian bergerak ke tempat lain dek kekangan masa.
Bila bercuti kita perlu bergerak dan tidak boleh banyak membazir masa. Saya masih ingat masa datang dengan anak anak, kami berjalan dari arah Bayswater dan sekitarnya. Bila saya datang dengan husband dan anak anak, kami masuk dari arah jambatan, Serpentine Bridge yang juga sempadan antara Hyde park dan Kensington Garden.
Datang sekali lagi juga dari arah jambatan tapi arah berlawanan. Bila datang dengan kawan kawan, dari arah Knightbridge station. Masa berjalan dengan Juita pula dari arah Marble Arch.
Tapi kali ini saya datang dengan Aween dalam keadaan relax dan tiada rushing untuk ke mana mana. Kami hanya datang untuk bersiar siar sahaja di sini. Kami datang dari arah Knightsbridge dan duduk lepak di bangku sambil melihat itik dan angsa serta burung berterbangan. Kemudian kami bergerak pula ke arah lakeside restaurant and cafe. Kami duduk di bangku sambil minum jus dan makan ais krim.
Cuaca cantik untuk bergambar dan orang pun tidak berapa ramai. Mungkin sebab masih awal.
Masa ni lah baru saya nampak arah berbeza yang saya masuk ke Hyde Park setiap kali datang. Rupanya tempat sama sahaja. The Serpentine Lake, tasik rekreasi di Hyde Park. Selama ini bila ke sini, macam tak dapat nak visualise di mana saya datang sebelum sebelumnya.
Kami kemudian berjalan keluar dari Hyde Park dan mengambil bas untuk ke Oxford Street untuk makan tengahari. Kami makan sandwich di Tongue & Brisket yang terletak berdekatan dengan Oxford Circus.
Selepas makan, kami mengambil bas di New Regent Street dan tukar bas di Waterloo Bridge South Bank untuk ke St James Road, yang berdekatan dengan rumah kami. Alhamdulillah walaupun penat, seronok juga berjalan jalan. Kalau Aween tak ada, memang saya malas nak keluar seorang diri. Sehingga di sini dahulu, sehingga bertemu lagi di entri seterusnya...




















Catat Ulasan for "Jalan Jalan Di Belgravia Square dan Hyde Park 23 April 2026"
Add your comment