Hati Masak Kicap Lauk Pengantin Dan Bab Sekolah Kebangsaan
Dalam entri sebelum ini di SINI, saya ada tulis berkenaan cikgu garang di sekolah Ammar. Demi kesihatan mental kami, saya turunkan posting di medsos. Bila kita tulis begini, ramai parents terutama yang anak anak pernah berdepan dengan situasi sama akan memberikan kata kata semangat dan kongsi pengalaman mereka.
Tapi ramai juga yang saya tak pasti kalau mereka adalah dalam profession perguruan menulis kata saya menyalahkan guru semata mata. Mereka mungkin tak baca sepenuhnya bahawa cucu saya baru hari ketiga di sekolah kebangsaan. Dia dari dulu bersekolah di sekolah international dan kemudian bersekolah di London.
Kami juga anticipate masalah bahasa jadi kami juga akan mencari private tutor untuk mengajar subjek BM. Dia dipindahkan ke sekolah kebangsaan kerana mahukan cucu saya lebih terdedah dengan ramai murid dan guru dari pelbagai latarbelakang.
Kami tak expect layanan istimewa pun. Kalau nak layanan istimewa, boleh jer hantar di sekolah international. Sekolah sebegini memang akan menjaga murid dan ibubapa sekali. Kami mahu dia menjadi insan yang kaya dengan toleransi, bergaul dengan anak anak orang miskin juga. Satu hari menjadi orang yang berguna pada masyarakat.
Sebagaimana anak saya, sebagai seorang doktor yang menpunyai empati yang tinggi pada golongan yang tidak berkemampuan. Dia ingin berkhidmat kepada masyarakat menyebabkan dia tidak berniat untuk join hospital swasta. Saya berlapik, Insya Allah buat masa ini. Kita tidak tahu masa depan.
Saya sendiri sebagai seorang anak kampung yang bertuah kerana dapat melanjutkan pengajian ke universiti seterusnya menjawat jawatan dengan gaji yang tinggi di organisasi terkemuka. Alhamdulillah saya diberikan peluang merasai hidup yang selesa walaupun tidak pernah termimpi sebagai anak kampung untuk mendapatkan semua ini.
Bukan kerana saya pandai tapi kerana saya diberikan lebih rezeki oleh Allah. Saya tidak mengharapkan layanan istimewa pun. Cuma mengharapkan sokongan dan toleransi dari cikgu agar tidak memarahi atau memalukan murid murid andai mereka menpunyai kelemahan dalam memahami istilah dalam Bahasa Melayu.
Tak kira lah siapa pun murid tersebut. Cucu saya atau anak orang dari perumahan termiskin. Insya Allah mereka akan menjadi orang yang berjaya dan berkhidmat pada kita di saat kita dah tidak lagi terdaya. Ok setakat ini dahulu. Kita masuk pula bab resipi.
Saya ingin kongsikan lauk yang biasa dihidangkan sebagai lauk pengantin terutama kalau kenduri di kampung yang biasanya menumbangkan seekor lembu. Bahagian hati akan dimasak sebagai lauk untuk hidangan makan beradab.
Resipi ini saya belajar dari sepupu saya yang memang sangat pandai memasak dan banyak memasak untuk majlis majlis di kenduri kawin. Setelah merasai kesedapannya, saya minta lah agar dikongsikan resipi.
Saya dan Juita melakukan ibadah korban di kampung halaman saya. Jadi banyak lah dapat hati dan lain lain organ dalaman. Itu lah makanya saya memasak lauk ini hari ini.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….
Hati Masak Kicap Lauk Pengantin
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
¼ kg hati lembu - potong tebal
Garam
Serbuk kunyit
Minyak - ¼ cawan minyak
Bahan tumbuk:
3-4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan lain:
3 sudu besar kicap manis - atau secukupnya
½ sudu kecil lada hitam tumbuk kasar
1 sudu besar sos tiram
Sedikit gula - jika perlu
Serbuk perasa
Bahan lain:
½ biji bawang besar Holland - hiris
Cili merah dan cili hijau - belah 2
Daun sup - oosyenal
Cara cara:
Hiris tebal hati lembu kerana jika nipis akan liat dan tak sedap.
Panaskan minyak dan goreng hati. Jangan goreng garing, tak sedap. Goreng sekadar hati masak sahaja. Angkat dan ketepikan.
Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan garing.
Masukkan kicap, sos tiram dan sos lada hitam atau serbuk lada hitam. Jika perlu, masukkan sedikit air.
Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili hidup. Masukkan hati yang telah digoreng.
Kacau rata. Jika suka, boleh masukkan sedikit serbuk perasa.
Sebelum dihidangkan tabur daun bawang/daun sup. Jika dijadikan lauk pengantin, hias lah cantik cantik dengan salad, tomato dan cili merah.
Nota:
Jika minyak berlebihan, boleh ceduk setelah selesai memasak.







Catat Ulasan for "Hati Masak Kicap Lauk Pengantin Dan Bab Sekolah Kebangsaan "
Add your comment