Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Big Ben, Eyes of London dan Bunga Tulip

 


Assalamualaikum semua. Apa khabar, harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Saya ingin menyambung lagi catatan hari pertama saya dan Aween berjalan jalan di sekitar tempat menarik di London. Entri sebelum ini di SINI, di mana kami ke Greenwich Park untuk menikmati keindahan bunga Cherry Blossom. 

Dari sini kami mengambil bas 53 dan terus ke kawasan Waterloo. Tapi seperti biasa, kadang kadang bas ditamatkan secara tiba tiba. Jadi kami turun dan mencari arah untuk ke Big Ben. Nasib baik tak jauh. Berjalan sedikit ke depan, dah nampak tempat di mana orang suka bergambar untuk mendapatkan latarbelakang Big Ben. Kita kena menuruni tangga untuk mendapat view big ben yang lebih menarik seperti gambar di bawah. 



Tempat tempat tarikan pelancung seperti Big Ben, Eyes of London ni, kalau dah pernah datang 10 kali pun, tetap rasa nak datang lagi dengan tarikh dan masa berbeza setiap kali ke London. Yang pasti dengan pakaian berbeza di dalam gambar kenangan. 





Selepas bergambar di sini, kami kemudian berjalan ke arah Eyes of London. Eyes of London adalah tempat biasa kami datang bila membawa Ammar dan Aliya bermain di playground di taman di bawahnya. Dapat lah melihat Eyes of London dari dekat. Tapi masa itu, tak ada lah pulak rasa nak bergambar kerana datang dengan memakai t shirt harian sahaja. Kadang pakai tudung pun, tudung sarung sahaja.  

Oleh kerana dah agak tengahari saya mengajak Aween singgah untuk makan. Kebetulan di sini ada satu restoran yang menjual makanan halal seperti ayam goreng dan fish & chips. Aween makan fish and chips dan saya order ayam goreng. 


Selepas makan, kami kemudian berjalan menaiki jambatan pejalan kaki iaitu Golden Jubilee Bridges untuk bergambar dengan bunga bunga tulip di Victoria Embankment Garden. Saya tak pernah pun berjalan di atas jambatan ini sebelum ini. Cantik pemandangan di atasnya. Sebelahnya ada jambatan laluan keretapi.


Semasa berjalan di Golden Jubilee Bridge, kami berhenti bergambar dengan berlatarbelakangkan Eyes of London. Kemudian kami berjalan di sepanjang Victoria Embankment sambil melihat Thames River dan bergambar. 




Kami kemudian berjalan ke Victoria Embankment Garden untuk bergambar dengan bunga bunga tulip. Masih banyak lagi bunga tulip, cuma ianya bukan tempat yang saya datang dengan Nana sebelum ini. 




Tak lama pun kami di sini, selepas bergambar kami duduk duduk seketika sebelum berjalan untuk mengambil bas balik ke rumah. 





Seperti biasa saya akan mengambil bas no 1 dan balik terus ke St James Road. Sehingga di sini dulu, kita bertemu lagi di entri seterusnya. 

Catat Ulasan for "Big Ben, Eyes of London dan Bunga Tulip "