Batam Sehingga Bertemu Lagi - Day 3
Seperti biasa, saat menyedihkan ialah bila tiba hari terakhir percutian. Saat untuk kembali menjalani rutin seperti biasa. Yang bekerja, akan kembali bekerja. Tiada lagi bercuti dan bersantai bersama kawan kawan. Boleh klik entri sebelum ini untuk hari kedua di SINI.
Oleh kerana flight adalah tengahari, jadi memang tak ada aktiviti untuk hari akhir. Semasa turun untuk sarapan pagi, kami terus membawa bag ke lobi. Kawan kawan lain lepas sarapan, naik semula ke bilik sebelum turun dengan bag masing masing.
Sementara menunggu coaster, kami bergambar dulu di lobi. Kemudian naik coaster dan bertolak ke Hang Nadim Airport yang mengambil masa perjalanan hampir 1 jam.
Ketika menghampiri airport, driver menanya kalau kami mahu singgah bergambar di Masjid Tanjak juga yang ada Welcome To Batam. Tapi ramai yang tak mahu singgah. Saya pun mengikut sahaja kerana kadang bila kita bertongkat ini, jadi malas untuk turun naik coaster.
Sesampai di airport, kami terus masuk untuk check in. Bro Azhar dan Dr Ita juga menghantar kami ke airport. Mereka balik dengan feri. Mereka pergi ke masjid Tanjak dan bergambar di sana sebelum coaster menghantar mereka ke tempat feri. Cantik gambar gambar yang dikongsi.
Selepas check in, kami pergi ke klinik kesihatan yang terletak di sebelah kaunter ticket. Rupanya di sini, kena ada pengesahan untuk menaiki flight dengan wheelchair. Nasib baik kami ada bawa surat dari doktor pakar di Hospital Tompson. Lebih memudahkan urusan untuk mereka mengeluarkan surat.
Kami kemudian masuk dan singgah untuk minum di restoran di dalamnya. Alhamdulillah Puan Mariam telah sponsor minuman kami semua. Saya order kentang goreng dengan keju. Ya Allah sedap nyer.
Seperti biasa mereka yang menaiki kerusi roda akan dibenarkan masuk ke dalam kapalterbang terlebih dahulu. Ke ebetulan ramai jemaah di dalam penerbangan sama. Pramugari siap berpesan supaya saya keluar akhir kerana perlu menunggu kerusi roda.
Sebaik mendarat, saya mahu keluar awal kerana memang lama kalau bak menunggu jemaah yang ramai ni keluar. Nasib baik bila melangkah jer dari kapalterbang dah ada kerusi roda saya.
Alhamdulillah dengan itu selesailah percutian kami yang sangat meninggalkan kenangan kerana bercuti dalam keadaan hilang keupayaan sementara. Terima kasih pada rakan rakan yang membantu membawa bag luggage kami terutama YB Senator Dato Setia Salehuddin, Haji Kamaruddin, Puan Mariam dan suami Encik Shahrol. Juga pada kawan kawan lain yang semuanya sporting dalam membantu saya. Saya sangat sayang anda semua.
Ok sehingga di sini dahulu, jangan lupa baca sambungam catatan perjalanan saya di London.










Catat Ulasan for "Batam Sehingga Bertemu Lagi - Day 3"
Add your comment