Makan Makan Di Devon 5 April 2026
Pagi hari kedua di Devon, selepas bersarapan ringkas, kami bertolak ke bandar Delwish. Kami berjalan menyusuri taman di mana terdapat sebatang sungai yang ramai orang duduk duduk di bangku sambil melihat itik dan angsa yang berenang renang di situ. Ini cara mereka merehatkan minda. Cara untuk healing.
Ramai yang membawa anak anak bermain di situ dan warga emas pula bersantai santai di bangku sambil melihat sungai yang mengalir.
Kami kemudian ke Diasy Tea cafe untuk makan scone di sana. Memang best makanan di sini seperti scone dan lemon cake. Makan pula dengan teh yang panas panas dalam cuaca sejuk, memang sedap.
Scone di sini diberikan juga chutney dengan perasa onion. Sedap sangat sehingga teringat ingat sehingga kini.
Kami kemudian mencari ice cream yang dikatakan sangat sedap. Makan ice cream tepi sungai sambil melihat itik dan angsa berenang renang. Ada sepasang angsa hitam yang sangat rare di sungai ini.
Kami kemudian mencari ice cream yang dikatakan sangat sedap. Nama kedai ini macam tak best sikit. Hahaha. OK lah sehingga di sini dulu, nantikan entri seterusnya. Salam sayang buat semua…
















Catat Ulasan for "Makan Makan Di Devon 5 April 2026"
Add your comment