Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Lemak Kuning dan London Marathon 2026



Pagi ini 26 April 2026, anakanda saya Dr Nurliyana Ain menyertai TCS London Marathon di mana beliau akan berlepas dalam masa 1 jam dari sekarang. Larian bertaraf dunia ini disertai oleh 60,000 peserta dari seluruh dunia dan agak sukar untuk menyertainya. Malahan Alain dan Aween juga tidak berjaya mendapat tempat. 

Saya difahamkan ada 17 orang peserta lain dari Malaysia juga akan turut serta. Ada yang memang terbang dari Malaysia dan bukan Malaysian yang memang ada di London. Peserta akan bertolak dari Greenwich Park dan akan berakhir berhampiran St James Park, berdekatan dengan Buckingham Palace. Insya Allah saya akan membuat posting berkenaan ini di entri akan datang.

Nana juga membuat kutipan dana melalui VICTA, badan charity untuk membantu anak anak yang menpunyai masalah kebutaan atau separa buta. Sebagai doktor pakar mata, Nana sangat prihatin akan nasib dan masa depan anak anak ini. Dana yang ditarget ialah £2250.00. 

Setakat ini kutipan ialah 32%. Jadi sumbangan anda semua amatlah dihargai kerana membantu mereka yang kurang upaya ialah satu sedekah dan amal jariah yang akan memberikan pahala di saat duit dan wang ringgit tiada lagi menpunyai nilai. Sesiapa yang berminat untuk menyumbang, boleh klik link di SINI

Sebelum pergi ke tempat di mana Nana akan lalui, saya memasak nasi lemak kuning untuk sarapan kami. Alhamdulillah selepas itu saya akan ke London. Kami bertuah kerana berjaya mendapat tempat di grand stand di finishing line.


Nasi lemak ini dimakan dengan sambal nasi lemak kosong sahaja. Saya juga menyediakan telur mata menggunakan burford browns free range eggs yang Nana beli di TESCO. Telur ini lebih mahal dari telur biasa. Untuk Aween, masih ada ayam goreng berlado sebagai lauk nasi lemak pagi ini. 

Serious sedap nasi lemak kuning Kedah ini yang biasanya dimakan dengan sambal ayam. Insya Allah lain kali, boleh pulak buat dengan sambal ayam. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….



Nasi Lemak Kuning
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 pot beras
3 pot air - santan, susu cair dan air
1 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil gula - atau dudu pekat manis
Sedikit gula batu
Serbuk kunyit

Bahan tumis:
Daun pandan
4 biji bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
1 kayu manis, 1 bunga lawang
Sedikit minyak

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis sekadar bawang layu sahaja. 

Masukkan santan, air dan susu cair. Masukkan garam, gula, gula batu dan serbuk kunyit secukupnya. Rasa dulu dan pastikan betul terasa masinnya supaya ngam dengan nasi bila masak. 

Setelah mendidih, masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos. Kacau rata. Tutup api. 

Akhir sekali, pindahkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa. 


Selamat mencuba. 

Catat Ulasan for "Nasi Lemak Kuning dan London Marathon 2026"