Nana Dan 2026 London Marathon
Saya tak pasti dengan orang lain tapi saya sangat berbangga dengan anak saya, Dr Nurliyana Ain atau dikenali sebagai Nana kerana berjaya menamatkan larian Marathon sejauh 42 km dengan bergaya. Tahun lepas dia menyertai London half marathon. Masih bertenaga, bersemangat dan penuh dengan senyuman sehingga ke garisan penamat dengan mengambil masa selama 4 jam 57 minit. Menunjukkan betapa dia sangat komited dengan apa yang dia lakukan.
Lebih membanggakan kerana dia juga berlari bagi menngumpul dana untuk VICTA dana kebajikan untuk membantu anak anak yang menpunyai masalah kebutaan atau separa buta. Sebagai seorang doktor pakar mata, Nana sangat prihatin dengan masa depan anak anak ini menyebabkan Nana bersetuju untuk mengambil cabaran ini. Kerja kebajikan yang menuntut usaha dan tenaga.
Bukan sedikit tetapi beliau perlu mengumpulkan sebanyak £2250.00. Andai kata, kutipan tidak mencukupi, Nana sendiri yang perlu top up jumlah tersebut. Tapi percayalah melakukan kerja kebajikan adalah kerana Allah, maka Allah juga yang akan menguruskannya. Sedikit tiada kerugian. Jadi kalau anda juga mahu menyumbang, boleh klik link di SINI.
Dia juga berusaha untuk saya, Aween dan Ammar dapat duduk di grand stand di garisan penamat. Dia mahukan sesuatu yang sweet untuk pengalaman pertama beliau menyertai larian marathon bertaraf dunia yang disertai oleh lebih 60,000 peserta dari seluruh dunia.
Kami bertiga berjalan masuk ke grandstand melalui Buckingham Palace, manakala Alain dan Aliya berjalan kaki dari Bermondsey ke Westminster sambil membawa bendera Malaysia menunggu Nana melaluinya.
Selepas Nana menamatkan larian, kami berjalan untuk berkumpul di tempat khas Runner Meet & Greet di lokasi bernombor M. Kami bergambar dahulu sebelum Nana pergi solat dan menukar kasut.
Kemudian bergambar dengan warga Malaysia yang telah menamatkan larian. Ada yang datang dari Kuala Lumpur dan ada juga yang memang tinggal dan bekerja di UK.
Saya berkenalan dan bergambar dengan beberapa orang rakyat Malaysia di sini. Antaranya ialah Nadira yang mana suaminya Nazmeen yang juga sangat aktif menyertai larian Marathon.
Secara jujur, saya sangat risau dan tak relax sepanjang tempoh dari pagi sehingga dapat melihat dia OK selepas menamatkan larian. Dia dibekalkan dengan buah kurma dan air zam zam. Alhamdulillah.
Sepanjang masa saya memanjatkan doa pada Illahi agar dipermudahkan semua urusan Nana untuk sampai ke garisan penamat. Maklumlah dia berlari seorang, tanpa ditemani oleh Alain atau kawan kawan. Sedikit silap pergerakan boleh membawa kecederaan seperti terseliuh dsb.
Ada pelari yang terpaksa dipapah oleh 2 peserta lain untuk menamatkan larian. Lagi merisaukan bila internet connection tidak dapat untuk track keberadaan dia. Walaupun dia seorang doktor, perasaan bimbang tetap ada kerana pada saya, dia adalah anak saya.
Saya memang bangga dengan pencapaian Nana dan sumbangan dia pada keluarga juga. Bukan hanya kejayaan untuk diri sendiri sahaja. Alhamdulillah syukur. Semoga Allah memberikan segala yang terbaik untuk Nana dunia dan akhirat. Aamiin.
















Catat Ulasan for "Nana Dan 2026 London Marathon "
Add your comment