Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Keindahan Cherry Blossom Di Bermondsey 2026



Satu perkara yang tak pernah saya mimpikan ialah untuk melihat bunga cherry blossom, apalagi di London. Dulu pernah bercita cita untuk ke Jepun bagi melihat cherry blossom. Tapi semasa masih bekerja tidak mudah untuk mencari kesesuaian masa dengan bunga ini.

Pada 22 Mac 2026, selepas balik dari hospital, Nana memberitahu yang pokok di belakang rumah kami ialah pokok cherry blossom. Ya lah masa tak ada bunga, kita pun tak kenal ianya pokok apa. Sebetulnya boleh dikatakan sepanjang musim winter, saya tak keluar rumah kecuali beberapa kali ke central London untuk urusan jam saya. Saya jarang keluar kerana tak tahan sejuk walaupun dah pakai baju 3 lapis, lagi lah kulit muka menjadi sangat kering. 

Saya keluar untuk melihatnya tapi pokok ini terlalu tinggi, jadi dapat tengok dari bawah sahaja. Kemudian saya berjalan ke kawasan belakang Victoria Queen Cafe di Bermondsey kerana Nana memberitahu ada juga deretan pokok cherry blossom di situ. 

Semasa ke sana, saya dapati hanya satu pokok sahaja yang rendah. Itu pun pokok yang ditanam dalam planter box kawasan taman rumah orang, bukan pokok di tepi jalan. Saya masuk bergambar lah di situ kerana di sana memang laman rumah tidak berpagar. Nasib baik tak ada owner nya. 

Teruja sangat kali pertama dapat menyentuh bunga cherry blossom yang berwarna light pink, yang sweet sangat warnanya. Alhamdulillah satu daripada bucket list" telah tercapai.






Keesokannya saya pergi lagi kerana hari pertama, telah lewat petang, jadi matahari dah tak cantik. Kali ini saya pergi tengahari. Ketika itu ada seorang pekerja sedang membuat kerja di luar rumah berkenaan. Saya memberitahu ingin mengambil gambar. Malahan dia tolong ambil gambar saya juga.







Ketika balik dari bercuti di Devon pada 1 April, saya terkejut juga kerana rupanya pokok di tepi jalan laluan saya ke bus stand berhampiran rumah kami ialah pokok cherry blossom. Baru beberapa hari kami bercuti, balik penuh dengan bunga cherry blossom yang sedang mekar berkembang berwarna pink yang agak terang. Tapi pokok ini tinggi, jadi tak cantik untuk bergambar.


Jadi saya pusing pusing kawasan taman perumahan kami dan jumpa satu lagi pokok cherry blossom yang juga tinggi. Saya kemudian mengajak Nana untuk tolong ambilkan gambar saya juga. Seronok dan puashati bila dapat pegang bunga cherry blossom. 


Saya kongsikan banyak gambar gambar di sini sebagai kenangan. Bunga yang diburu oleh pencinta keindahan alam seluruh dunia. Bunga yang terkenal dan sinonim dengan Jepun. 










Kalau ditanya saya, musim spring dan musim autumn paling best dan cantik di sini. Terutama pertengahan bulan April dan akhir bulan Oktober. Seumur hidup tak pernah tengok, apalagi untuk pegang bunga sakura atau cherry blossom ini. Nikmat apa yang hendak engkau dustakan. Percutian paling lama saya di London kali ini, selama setahun menerokai keindahan negara  musim.   

Sehingga di sini dahulu, nantikan entri seterusnya saya akan kongsikan cherry blossom di beberapa taman di London. Salam sayang buat semua....



Catat Ulasan for "Keindahan Cherry Blossom Di Bermondsey 2026"