Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kari Daging Lemak Sedap dan Percutian Ke York



Alhamdulillah kami telah diberikan rezeki untuk bercuti selama 3 malam 4 hari di York dan dalam perjalanan singgah di Cambridge University untuk aktiviti “boat punting”. 

Berjalan jalan di negara orang putih ni, memang menyeronokkan kerana cuaca yang berbeza dengan negara kita. Pemandangan dan senibina bangunan juga berbeza. Cuma ingatkan dah musim spring, dah kurang sejuk, rupanya beku tangan walaupun dalam blanket masa punting. Kami pulak tak bawa gloves dan longjohn. 

Makanan juga pastinya berbeza. Berbeza dengan London di mana banyak masakan Turki, Arab yang  kadang dah rasa jemu. Nak cari makanan western memang susah. Apa jer makanan western yang boleh makan? 

Memang tak banyak pun. Tapi boleh makan yang vegan seperti Cornish Pasties yang cheese dan onion, fish and chips, scone dan banyak lagi kuih muih yang tiada alkohol. Cornish pasties ni memang dibawa dari Cornwall yang sangat terkenal dengan handmade pasties. Saya first time makan masa ke Cornwall. Teringat ingat sampai sekarang. Sedap sangat. Nampak mudah jer nak membuatnya cuma kena cari sejenis ubi untuk dimasukkan sekali. Juga ikut tekniknya. 

Bab kuih muih dan pastries ni, bila ditanya, mereka cepat menjawab yang no alcohol semua orang boleh makan. Mereka pun tau agaknya orang Islam tak boleh makan makanan berasaskan alkohol. 

Tiramisu yang asal dari Itali yang biasanya dimasukkan alcohol juga, sekarang banyak yang tiada alcohol lagi. OK sekarang kita masuk bab resipi. 


Saya Kami baru sampai dari York malam tadi dan saya ingat nak berpuasa tapi rasa macam tekak kering pula. Jadi masa Nana dan Alain keluar untuk running routine, saya turun ke dapur dan masak nasi goreng dan masak kari daging. 

Saya tiba tiba terbayangkan maka kari berlemak dengan roti canai atau roti, pasti sedap sekali. Kebetulan dalam peti ais, ada daging bahagian berlemak yang saya dah siap potong. Jadi cepat jer nak masak. 

Kita di London bila dah berbaik baik dengan peniaga, mereka dah kenal kita. Kadang ada bahagian daging yag tak dimakan oleh orang di sini, akan diberi percuma sahaja. Orang sini bila jual daging, betul betul daging tanpa lemak. Jadi memang tak sedap lah untuk lita yang dah biasa masak daging yang ada lemak sedikit. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba….


Kari Daging Berlemak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
700 gram daging - dengan lemak
1 biji bawang besar - hiris
5-6 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
Rempah 4 sekawan
3 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil cili kering kisar
1/2 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu kecil garam
Serbuk perasa - opsyenal
1 sudu besar kerisik
1 biji ubi kentang
Santan secukupnya
Minyak masak

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan dan bahan hiris sehingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan kacau rata sehingga garing. 

Masukkan rempah kari dan kacau dengan cepat sambil dimasukkan air supaya tidak hangus. 

Tumis sehingga terbit minyak. Ulang masuk air beberapa kali dan tumis sehingga terbit minyak untuk pastikan rempah garing dan masak sempurna.

Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan air secukupnya untuk daging empuk. Setelah empuk, masukkan santan dan ubi kentang. Kacau rata. Masak sehingga mendidih dan terbit minyak. 

Masukkan garam, pes asam Jawa, perasa dan kerisik. Renih atas api sederhana untuk benar benar terbit minyak.   




Selamat mencuba…

Catat Ulasan for "Kari Daging Lemak Sedap dan Percutian Ke York"