Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kari Ikan Merah dan Nostalgia Lagu Jamilah




Sekarang kan fenomena lagu Jamilah yang kembali viral sejak Que Haidar kongsikan video beliau dengan rambut blonde. Que Haidar pula menpunyai personality yang saya suka. Charming, boleh menyanyi, boleh menari. Yang penting, sangat gentleman. Sejak itu lah dengan saya sekali menjadi kembali kemaruk dengan lagu ini. 

Sebenarnya saya dari remaja dulu memang suka lagu Jamilah ni. Ya lah irama dan lagunya memang mudah dinyanyikan di kala kita sendirian. Sama juga dengan lagu Iwan, Yang Sedang sedang saja. Saya suka sangat dengar lagu ini juga. Satu lagi lagu abang pilih yang mana. 

Lagu Jamilah ini pula memang kena dengan kehidupan kanak kanak saya di kampung. Jamilah dalam lagu ini, tiap pagi pergi ke Kali. Masa dulu ketika rumah saya belum ada telaga dan paip air di rumah, kami mandi di telaga tepi sawah padi. Telaga yang dikorek tanah dan dinding dari tanah juga. Tiada konkrit pun. 

Agak jauh dari rumah kami yang terletak di atas tebing tinggi. Telaga ini pula terletak di tanah bawah bersebelahan sawah padi. Kena menuruni tebing untuk ke sana. Nak ambil air, guna timba yang diikat tali dan mandi dengan air sejuk sejuk. Telaga tu tak dalam pun, rasanya dalam 4 kaki sahaja. Lebar mungkin dalam 6 kaki. Air sekadar paras betis sahaja. Kalau musim banjir, telaga ni tenggelam dan diilimpahi dengan air banjir. 

Selesai mandi, bawa balik 1 baldi air untuk diisi dalam tempayan di rumah untuk kegunaan memasak dan mengambil wudhu. 

Tapi serious zaman dulu, tak ada kes orang jahat yang mengusik, apalagi anak anak dara cantik berkulit putih melepak. Bayangkan mandi di ruang terbuka, tak ada pun orang yang mengacau. Zaman dulu satu telaga dikongsi beberapa rumah. Adakala kebetulan mandi sama sama dengan anak jiran jiran. 

Jadi bila dengar lagu Jamilah ni, macam terbayang bayangkan kisah saya dulu dulu. Rasa seperti saya lah Jamilah dalam lagu tu. Berambut panjang, putih dan rasa saya cantik. Hahaha nostalgia dan perasan sungguh. Saya dari kecil suka bergaya gaya depan cermin. Suka ikalkan rambut menggunakan besi pengacip buah pinang yang dipanaskan atas api pelita. Layan jer lah. Yang penting happy kan. 

Nasib baik anak anak saya rasanya tak ada yang jiwang jiwang, minat menyanyi atau minat artis macam saya. Hanya Nana yang suka lagu lagu Siti Nurhaliza tapi tak pernah dengar dia menyanyi nyanyi pun.  Hanya saya yang suka menyanyi sejak dari sekolah rendah. Bermula dengan Zaleha Hamid, kemudian Uji Rashid. Jiran yang lalu tepi rumah ingatkan lagu dari radio bila dengar saya menyanyi. 


Hari ini saya menyediakan kari ikan yang agak pekat sedikit. Kepekatan kuah ikut kesukaan masing masing. Sebabnya selain makan dengan nasi, saya nak cicah dengan roti. 

Biasanya waktu sahur saya tak makan nasi. Hanya makan roti bakar atau kuih muih atau buah kurma dengan air kopi sahaja. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.....


Kari Ikan Merah 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 keping ikan merah 
Serbuk kunyit
Garam 

Bahan tumis:
5 biji bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
½ sudu kecil Jintan manis
1 sudu kecil halba campur

2 biji cili merah - belah 2
Daun kari 

Goreng ikan sekadar separuh masak sahaja. Angkat dan ketepikan. 



Menggunakan minyak sama, tumis bahan hiris sehingga garing, baru masuk cili hidup dan daun kari. Masuk halba campur dan jintan manis. Angkat dan ketepikan. 



Bahan kisar:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2-3 biji cili hijau

Bahan lain:
1 biji buah tomato - belah 6
2-3 sudu besar serbuk kari - + serbuk kunyit dan serbuk cili
1-2 biji terung
Sedikit santan
½ sudu kecil pes asam jawa
1 sudu kecil garam
Daun kari

Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar di atas sehingga terbit minyak.

Masukkan buah tomato dan serbuk kari ikan. Kacau rata sehingga terbit minyak. Masukkan air sedikit demi sedikit untuk memastikan rempah masak sempurna.



Masukkan pes asam jawa dan sedikit santan. Setelah mendidih, masukkan garam dan terung serta bawang goreng. Masukkan sedikit lagi daun kari. Nota: boleh tambah air ikut kepekatan kuah disukai.

Masukkan ikan yang digoreng tadi dan bahan yang ditumis. Tutup periuk dan biarkan seketika. Siaap.




Catat Ulasan for "Kari Ikan Merah dan Nostalgia Lagu Jamilah"