Bubur Lambuk Daging Dan Puasa Ramadhan
Insya Allah kami akan menyambut Hari Raya pada hari Jumaat. Alhamdulillah genap 30 hari berpuasa. Saya pun baru dapat tahu andai kata kita berpuasa kurang dari 29 hari, kita perlu Qadha satu hari puasa.
Macam mana keadaan tersebut mungkin berlaku? Sebagai contoh, mereka yang mula berpuasa di Malaysia yang kebiasaannya satu hari lewat dari Saudi. London mula berpuasa ikut Saudi. Kemudian mereka datang ke London dan berhari raya di sini ikut Saudi. Akan ada keadaan di mana puasa tidak cukup 29 hari.
Haa kepada yang belum tahu macam saya, semoga bermanfaat.
Pada mulanya saya nak buat bubur nasi sahaja. Itu sebab saya masak sekali nasi dengan daging dan karot. Tapi kemudian tukar fikiran untuk buat bubur lambuk pula. Bezanya kalau bubur lambuk, sedikit berempah dan berlemak di mana kita memasukkan juga santan.
Ini kira versi bubur lambuk sempoi kerana hanya ada daging dan karot sahaja. Karot pun sedikit jer. Namun begitu, rasanya sedap dan cukuplah untuk melepaskan rindu pada bubur lambuk yang terkenal di bulan Ramadhan sebagai juadah berbuka.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.....
Bubur Lambuk Daging
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
½ cawan beras
200 gram daging - potong dadu
1 sudu besar rempah sup
Santan secukupnya
Garam
1 batang lobak merah - potong dadu
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan lain:
Daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Cara cara:
Basuh beras sehingga bersih dan masukkan ke dalam periuk elektrik. Masukkan separuh dari daging dan karot. Masak sehingga lembut. Jika belum lembut, tambah air.Di dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak dan masukkan rempah sup. Kacau sehingga terbit minyak. Masukkan air dan tumis lagi.
Masukkan baki daging dan kacau rata. Masukkan sedikit santan.
Tuang ke dalam periuk nasi dan masukkan garam. Tambah santan secukupnya.
Angkat dan boleh tabur daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.



Catat Ulasan for "Bubur Lambuk Daging Dan Puasa Ramadhan"
Add your comment