Ayam Masak Cili Santan Dan Kenangan Cinta
Saya memang seorang berjiwa seni dan suka kehidupan perfect macam dalam filem sejak di sekolah rendah. Sekarang fenomena antara Que Haidar dan Fazura yang membuatkan saya tersenyum senyum bahagia seorang diri. Kemudian sambung mengaji. Bila mengantuk, berhenti tengok Threads cari update kisah mereka.
Secara personal, saya suka dengan hubungan mereka kerana saya melihat effort dari pihak lelaki yang mulakan langkah pertama. Ini yang sepatutnya. Timba kena mencari perigi. Lelaki patut nampak lebih mengejar. Macam bait bait lagu yang saya mula dengar dari posting Que Haider di TikTok.
Selangkah engkau pergi, seribu langkah aku mengejar mu.
Sekelip mata engkau hilang, seluruh pelusuk ku cari.
Setinggi mana engkau bawa diri, akan aku daki.
Sedalam mana engkau cuba menyembunyi, akan aku selami.
Tiber pulak minat Que Haidar kerana gentleman dia. Hahaha terasa diri sendiri pula berada di alam cinta. Tapi saya masa muda muda dulu pelik sikit. Saya tak suka orang minat pada saya jika saya tak minat pada dia. Hanya orang yang saya minat sahaja boleh minat kat saya. Dalam ramai ramai yang suka pada saya masa di universiti, saya pula terkejar kejar dengan si dia.
Kalau dah jenis sentiasa terbuai dengan dunia artis dan kehidupan dalam filem, saya memang minat dan mencari boyfriend yang handsome, tinggi, kurus, hidung mancung dan berpakaian kemas. Dan dia mestilah yang boleh sayangkan saya dan pandai memujuk saya.
Suami saya pernah mendokong saya ke meja makan di hadapan keluarganya kerana saya tak mahu makan. Hahaha. So sweet bila mengenangkan bagaimana suami saya menzahirkan cintanya.
Sehingga sekarang pun saya kuat merajuk walaupun tak ada yang nak memujuk macam dulu. Tak mengapalah semua itu kenangan masa muda muda. Alhamdulillah kami telah dikurniakan anak anak yang elok paras rupa dan berpendidikan tinggi.
Akhir sekali, saya benci lelaki curang, lelaki baran dan lelaki yang kedekut dalam bab nafkah. Kadang kadang lelaki yang tak berduit bila disediakan itu ini oleh isteri, akan menjadi kedekut bila telah punya duit yang banyak. Lagi teruk, jadi lupa diri dengan curang pulak.
Semoga semua wanita dan isteri di luar sana ditemukan dengan lelaki dan suami yang baik dan bertanggungjawab. Hidup di dunia sementara, jadi perlu tenang tenang dan tak usah melukakan hati orang sekeliling hidup kita. Apa lagi yang banyak berbudi pada kita.
Lauk ayam masak cili santan ni sangat mudah disediakan dan yang penting sedap. Jadi kalau kekeringan idea, saya akan sediakan lauk ini.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.....
Ayam Masak Cili Santan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
½ ekor ayam
Serbuk kunyit
Garam
Minyak masak secukupnya
Bahan kisar:
1 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
6-8 biji cili hidup
4-6 biji cili padi
Bahan lain:
½ sudu kecil pes asam jawa
1 kotak kecil santan - 200 ml
Sedikit air
1 ketul kiub pati ayam - opsyenal
Gula
Garam
Daun kunyit - hiris
Cara cara:
Goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak sama, tumis bahan kisar sehingga masak.
Masukkan santan dan sedikit air. Kacau rata.
Masukkan pes, garam dan gula serta serbuk perasa.
Akhir sekali, masukkan ayam dan masak sehingga kuah hampir kering dan terbit minyak. Tabur daun kunyit.




Catat Ulasan for "Ayam Masak Cili Santan Dan Kenangan Cinta "
Add your comment