Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sayur Daun Bunga Kubis Dan KeAgungan Ramadhan



Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kita bersua lagi. Saya ingin kongsikan petikan kuliah zoom oleh Tokku Pasir Gudang berkenaan keagungan bulan Ramadhan. Saya pasti ramai yang tahu, jadi anggaplah ianya sebagai ulangkaji sahaja. Maklum dengan membaca sedikit sahaja, kita akan diberikan pahala juga. 

Ramadhan adalah bulan pengampunan. Para sahabat dan para solafussoleh dulu 6 bulan sebelum Ramadhan telah berdoa agar sampaikan Ramadhan pada ku dan sampaikan aku pada Ramadhan. Analoginya kita mati atau mati datang pada kita. Bezanya kita pergi perang atau kita dok di rumah pun, kita mati juga. Sepanjang tahun kita disibukkan dengan pelabagai aktiviti bulan bulan Masihi sehingga terlupa perjalanan Ramadhan. Tiba tiba jer dah nak masuk bulan Ramadhan. Lagi 2 minggu.

Walaupun dalam keadaan alpa, Allah tetap sampaikan pada kita bulan Ramadhan kerana ianya adalah bulan yang penuh keberkatan. Para sahabat dulu, kalau masuk bulan Ramadhan, kalau boleh jangan ketawa, kena serius dan bersungguh sungguh dalam ibadah. Ramadhan bulan perlumbaan untuk menuju ketaatan pada Allah. Amat rugi jika ada yang tertinggal. Di siang hari berpuasa dan malam hari beribadah. Kurangkan aktiviti lain kecuali aktiviti secara khusus iaitu membaca Al Quran. Banyakkan membaca Al Quran. 

Para sahabat dulu menangguhkan program majlis ilmu pun. Ibadah khusus Ramadhan ialah membaca Al Quran. Ramadhan bulan diturunkan Al Quran dan Al-Furqan adalah nama lain bagi Al Quran, yang berfungsi memisahkan antara yang hak (benar) dan yang batil (salah). Akal diilhamkan untuk membezakan yang benar dan salah. Akal diilhamkan untuk yang baik baik. Caranya ialah banyak membaca Al Quran, banyak bercakap dengan Allah dan mendengar kalam Allah. 

Iman Malik meninggalkan kebanyakan ibadah lain dan fokus pada Al Quran. Bulan ni hanya untuk baca Al Quran dan beri orang makan. Pahala beri makan orang sama seperti pahala orang berpuasa. Kedua, ulamak memilih apa ibadah paling cocok. Qiamullail malam untuk iktiqaf. Bila qiyam, hampir sahur baru habis. Jika tak mampu bangun malam maknanya ianya terhalang dengan dosa. Pengampunan dosa datangnya kecergasan dalam ibadah. Rahmat Allah menjadikan kita rasa lebih bersemangat. 10 akhir Ramadhan adalah masa untuk larian pecut. 

Ketiga, ialah sedekah. Rasulullah seorang yang sangat pemurah tapi bila datangnya Ramadhan, baginda akan menjadi lagi pemurah. Segala keaiban kita boleh ditutup dengan sifat pemurah kita. Jadi tak nampak. Jadi sedekah sangat hebat dalam menutup keaiban. Bayangkan jika seorang suami yang tak pemurah dengan isterinya, ia akan mendedahkan keaibannya. Suami seperti ini tidak berhak bercakap bab isteri kena hormat pada suami atau syurga isteri terletak pada redha suami. 

Antara kelebihan bulan Ramadhan ialah turunnya Al Quran pada malam lailatul Qadr. Turun ke luh mahfuz secara sekali gus. Turun ke dada Nabi secara berperingkat peringkat selama 23 tahun. Jadi keagungan Ramadhan ada pada Al Quran. Hebatnya orang di bulan Ramadhan kerana Al Quran. Yang paling agung ialah Al Quran. Ambil lah niat untuk dengar Al Quran secara habis. Niat nak baca dan niat ikut terawih dari Mekah sampai habis. 

Kedua keagungan Ramadhan ialah pada Lailatul Qadr yang merupakan bonus 1000 bulan. Kita kena berniat untuk mendapat lailatul qadr. Nabi pun cari malam Lailatul Qadr. Kita ni siapa. Setiap tahun mendapat pahala seolah 83 tahun penuh ibadah. Malam itu semuanya bermula dari Maghrib sehingga terbit fajar. Bertekad untuk mencari Lailatul Qadr dengan sebagai contoh mengambil cuti pada 10 akhir Ramadhan atau mengambil cuti pada hari hari ganjil pada 10 akhir Ramadhan. 

Satu malam penuh dengan ketaatan pada Allah beribadah bersama malaikat turun selepas kewafatan nabi. Penurunan wahyu dah berakhir dengan kewafatan Nabi. Tapi malam Lailatul Qadr, Jibril turun dan seluruh malaikat turun pada orang yang hidupkan malam dengan beribadah. 

Ketiga, pengampunan dosa. Dijanji pengampunan dosa. Rugi kalau tak dapat pengampunan dosa. Nabi sebut Amiin kepada doa Jibril. Jibril kata celaka lah orang yang mendapati Ramadhan tapi tak diampunkan dosa kerana tak ambil peluang mendapat pengampunan dosa. Orang seperti ini tidak pedulikan terawih, qiyam dsb. 

Keempat, dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka. Syaitan dirantai. Diganda pahala untuk kita dapat masuk syurga. Amalan dan pahala berganda diberikan untuk kita masuk syurga. Umpama Mall buat mega sales. Barang yang biasanya mahal sekarang kita dah mampu beli. Allah jadikan amalan kita layak ke syurga. Barang yang Allah nak bagi pada kamu itu iaitu mahal syurga pada bulan lain. Ramadhan ada promosi di mana ibadah sunat mendapat pahala sama dengan ibadah wajib. Ibadah umrah di bulan Ramadhan mendapat pahala sama seperti mengerjakan Haji. Seolah semua orang boleh masuk syurga. 

Ramadhan ialah bulan sabar kerana berlapar dalam keadaan kita boleh makan dan makanan ada tapi disabarkan supaya jangan makan. Makan setelah masuk waktu maghrib. Lebih mudah kita sabar kalau makanan tak ada. Keriangan kita ialah bila melepasi sabar kita. Seronok bila buka puasa sebab datang selepas sabar. 

Bulan Ramadhan juga doa mustajab. Banyakkan dan panjangkan doa. Jangan lepas peluang berdoa. Antara yang kita lupa bahawa semua doa kita, Allah simpan untuk ditukar jadi pahala diberikan untuk kita di akhirat kelak. Allah bagi apa dia nak atau Allah simpan di sisinya di akhirat kelak. Seolah gaji kita yang potong kwsp. Ianya disimpan dalam kwsp.  

Antara keagungan ramadhan ialah perlindungan dari api neraka. Setiap malam Allah akan membebaskan manusia dari api neraka. Banyakkan berdoa Allaahumma ajirnaa minannaar. Setiap saat di bulan Ramadhan ini, Allah menjanjikan pembebasan dari api neraka. Jadi sama sama lah kita berdoa samada di dalam atau di luar solat dengan doa ini, "Ya Allah masukkan nama aku dan seluruh ahli keluarga ku dalam senarai nama mereka yang dibebaskan dari api neraka. Aameen". Sebaik baiknya berdoa dalam waktu sujud di setiap waktu solat termasuk solat terawih. 

Keagungan Ramadhan juga ada keberkatan sahur yang hebat hanya dibulan Ramadhan. Pada sahur ada barakah. Jangan tinggalkan sahur. Walaupun sekadar minum. Kita nak keberkatan sahur walaupun boleh puasa tanpa sahur. Itu beza puasa kita dengan agama lain. Mereka tak bangun malam untuk sahur. Bila dah sahur, tak kan lah sahur sahaja. Sekurangnya kita ambil wudhu dan solat sunat. Tambah keberkatan. 

Puasa akan beri shafaat pada kita di hari akhirat. Menunduk hawa nafsu ajar bersabar kemuncak puasa ialah melahirkan taqwa. Bau mulut orang puasa lebih wangi dari bau kasturi. Lebih Allah sukai dari haruman kasturi. Ada nilai kerana busuk kerana ibadah. 

Segerakan berbuka puasa, jangan melengahkan. Bukan makna lambat berhenti. Menyegerakan solat. Makan sikit dan terus mengerjakan solat Maghrib dulu. Setakat ini dahulu, semoga ianya memberi manafaat pada kita dan kita diberikan ganjaran pahala. Aamiin. 


Saya biasanya bila beli bunga kubis, ada sedikit sahaja daun yang membalut bunga kubis. Tapi kali ini sangat banyak. Jadi saya goreng dengan tak campur dengan sayur lain. 

Serious weh sedap, dengan rasanya yang semacam. Kelat kelat dan pahit ke, entah tak tahu nak describe tapi sedap lah. Lagi lagi bila kita goreng tidak terlalu layu, masih crunchy lagi. 

Bayangkan saya yang tak berselera makan kebelakangan ini, makan nasi menambah nambah dengan hanya berlaukkan sayur ini sahaja. Ada masak lemak ayam pun, saya tak makan. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba..... 


Sayur Daun Bunga Kubis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Daun bunga kubis
Segenggam daging - hiris nipis
2-3 sudu besar sos tiram
Minyak masak

Bahan hiris:
1/2 biji bawang besar 
4-5 ulas bawang putih
1 biji cili merah

Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan daging. Kacau rata sehingga daging masak, masukkan bawang bawang hiris.

Tumis sehingga bawang sedikit keperangan. Masukkan sos tiram secukupnya. 

Masukkan sayur dan kacau rata sehingga sayur separuh lembut. Masukkan cili merah. Kacau rata.

Boleh tutup api kerana sayur akan terus masak selepas ditutup api.




Catat Ulasan for "Sayur Daun Bunga Kubis Dan KeAgungan Ramadhan"