
Saya ingin kongsikan petikan dari video Ustaz Naim Sadoon ba cara simpan harta. Kita rugi hilang wang juta juta. Sebenarnya kita tak pernah hilang, kerana kita tak pernah miliki, kerana semuanya milik Allah. Mana yang milik kita. Tak ada yang milik kita. Semua yang ada Allah yang punya. Kita besarkan anak habis duit juta juta. Itu bukan kita punya. Itu semua Allah yang punya.
Kita tak pernah hilang apa pun kerana semuanya Allah yang punya. Allah bagi pinjam sekejap. Orang cerdik macam mana simpan harta. Bahaya simpan dalam bank. Sekali klik link habis lesap. Jangan simpan satu tempat. Jangan letak satu tempat, masuk ASB, masuk saham dll.
Tanya pula seorang lagi macam mana dia simpan harta. Namanya dunia ni, simpan banyak mana pun, bila mati habis. Satu cara duit tak akan habis ialah dengan sedekah. Bila disedekah, harta itu tidak boleh dimakan dek anai anai. Harta itu tidak boleh dicuri. Bila kita mati, ianya kekal di sisi Allah. Inilah orang paling bijak.
Orang mukmin bagaimana cara simpan harta ialah dengan bersedekah. Harta yang kita nampak seperti rumah, kereta kalau kita mati, habis lah harta yang pernah kita kumpul.
Harta sebenar kita ada 3 iaitu yang sempat kita makan, yang sempat kita pakai dan sempat kita infaq atau belanja ke jalan Allah. Sehingga di sini dahulu, semoga bermanafaat.
Saya menyediakan sup kaki ayam kerana dah lama tak pekena kaki ayam. Kalau beli ayam di Malaysia, adalah juga dapat kaki ayam. Tapi di London, memang tak ada lah.
Kaki ayam dikatakan sangat bagus untuk kecantikan kerana menpunyai banyak kandungan kalogen. Memang ya pun, masa direbus nampak macam keluar cecair pekat di dalam kuah sup.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…
Sup Kaki Ayam Masak Kicap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Kaki ayam
2 sudu besar rempah sup
1 kiub pati ayam
Rempah 3 sekawan
Garam secukupnya
Daun sup/daun bawang
Bahan tumbuk:
1 genggam bawang merah
3-4 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
Cara cara:
Rebus kaki ayam sehingga lembut.

Di dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dengan rempah 3 sekawan sehingga naik bau.
Masukkan kiub pati ayam dan rempah sup. Kacau rata. Masukkan sedikit air supaya rempah sup tak hangus. Kacau sehingga terbit minyak. Boleh ulang masuk air beberapa kali untuk pastikan rempah masak dengan garing dan sempurna.

Setelah terbit minyak, tuang ke dalam periuk sup tadi. Nota: masukkan air rebusan kaki ke dalam kuali bagi memudahkan sup dituang dari kuali.
Masukkan garam secukup rasa.
Akhir sekali, tabur daun bawang/daun sup dan bawang goreng ikut mana yang disukai.

Selamat mencuba….
Nota:
Jika tak makan kaki ayam, boleh jer ganti dengan ayam, daging, ekor megikut kaedah yang sama.
Catat Ulasan for "Sup Kaki Ayam Dan Bab Harta"
Add your comment