Saya memang sangat teringin nak makan sotong seperti ini. Sepanjang berada di London, memang tak jumpa sotong macam ni. Apa lagi sotong segar. Bila di negara orang baru kita appreciate apa yang kita ada. Yang ada di sini ialah sotong kurus panjang atau sotong baby sahaja. Itu pun tak selalu jumpa. Kalau ada pun yang frozen.
Saya pulak tak boleh makan udang. Kalau udang memang banyak di sini. Kalau beli udang, saya cuma menengoknya anak cucu makan. Memang tak berani nak mencuba.
Tak pasal pasal allergy kat negara orang. Dah lah bukan senang nak dapat treatment di sini. Nak buat appointment bukan senang. Nak beli ubat pula kena ada preskripsi dari doktor.
Secara jujur saya dah tak sabar nak balik ke Malaysia. Tak sabar nak berada di sana bersama Aliya dan Ammar. Yang best di negara orang ini ialah bila bercuti, bila makan makan dan bila shopping. Macam masa kita datang holiday ke sini. Kalau dok di rumah sahaja, tak ada lah best mana selain dari cuacanya yang sejuk. Ok lah. Sekarang kita masuk pula bab masakan.
Semasa saya balik ke Malaysia batu ni, saya dah siap tulis apa yang saya nak makan. Hahaha. Antaranya ialah sotong bertelur. Saya pergi ke Pasar Takan Tun semata untuk membeli sotong yang bertelur.
Bila saya masak ni, akhirnya saya tak makan pun kerana saya sentiasa rasa kekenyangan semasa ada di sana. Maka sarapan pagi, kenyang sampai ke petang.
Dapat melihat anak anak makan pun menjadikan saya rasa kenyang. Haa macam mana tu. Sebabnya mewahnya makanan di Malaysia ni. Beli satu bungkus nasi pagi boleh makan kekenyangam sehingga ke petang.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Sotong Masak Kicap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Cili padi merah hijau - boleh ganti cili kering juga
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
½ kiub pati ayam
Bahan B:
300 gram sotong
Sedikit pes asam jawa + sedikit air
1-2 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya
1 biji limau kasturi - air
Cara cara:
Masukkan serbuk kunyit dan garam ke dalam minyak panas dan masukkan sotong. Goreng sehingga masak. Angkat.
Tumis bahan A sehingga sehingga naik bau dan sedikit keperangan. Masukkan pes asam jawa dan sedikit air. Masukkan sos tiram dan kicap manis secukupnya. Biarkan sehingga mendidih.
Akhir sekali, masukkan sotong dan kacau seketika. Jika, suka, boleh masukkan cili padi. Kemudian bolehlah tutup api. Perah air asam limau kasturi. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.

Akhir sekali perah asam limau kasturi.
Catat Ulasan for "Sotong Masak Kicap Dan Kelebihan Negara Sendiri"
Add your comment