Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Goreng Putih Sedap


Hari ini adalah hari pertama Nana dan cucu cucu keluar bekerja dan ke sekolah selepas saya balik dari Malaysia. Saya tiba di sini hari Jumaat pagi. Seperti biasa, kalau hari Sabtu dan Ahad, kami akan keluar berjalan jalan. 

Jadi sejak balik, saya belum pun lagi berehat waktu siang. Siang yang pendek menjadikan masa berjalan dengan pantas. Pukul 7.00 dah masuk Isyak. Selepas Isyak, saya dah mula mengantuk. 

Bila hari bekerja macam ni, barulah saya berpeluang rehat di rumah. Hanya saya dan Alain yang ada di rumah waktu pagi sehingga Aliya balik tengahari dan Ammar balik waktu petang. 

Nana pula keluar dalam pukul 7.00 dalam keadaan cuaca masih gelap dan balik dalam pukul 5.30 petang, juga dalam cuaca sudah gelap. Pukul 5.30 petang dah seperti pukul 9.00 malam pada saya. OK lah setakat ini dulu catatan orang jet lag yang masuh kekeringan idea untuk menulis.  


Saya hari ini menyediakan mee hoon goreng putih yang pastinya tidak pedas supaya dapat dimakan oleh Aliya dan Ammar juga. 

Mee hoon seperti ini susah nak jumpa di London. Saya memang kena bawa dari Malaysia. Disebabkan berat muatan dah penuh, saya hanya boleh bawa 2 paket sahaja. 

Alhamdulillah sedap walaupun tak pedas. Mee hoon saya hari ini tak letak telur kerana telur dah kehabisan. Biasa kalau saya masak mee hoon, telur dah jadi macam bahan wajib. Tapi serious lah tetap sedap kerana adanya daging dan ikan bilis. Hahaha wajib cuba resipi ni tau. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba..... 


Mee Hoon Goreng Putih
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
175 gram mee hoon - rendam seketika
1 genggam daging - atau yang disukai
2 jemput ikan bilis - tumbuk kasar
1 batang karot
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
Daun bawang
Bawang goreng
Minyak masak

Bahan hiris:
1 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
3-4 biji cili padi - ikut pedas disukai

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang hiris, ikan bilis sehingga naik bau. Masukkan daging dan kacau rata sehingga daging empuk. Nota: Boleh tambah air jika daging belum empuk dan tumis sehingga terbit minyak.

Masukkan karot dan kacau rata. Masukkan garam, gula dan sos tiram.

Masukkan cili padi hiris.

Tuang ½ gelas air dan masak sehingga mendidih. Masukkan mee hoon dan kacau rata.

Masukkan serbuk lada hitam dan daun bawang. Kacau rata. Setelah terbit minyak, boleh tutup api.

Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng.


Nota:
Jika suka, boleh goreng telur dan angkat serta ketepikan. Sebelum mee hoon diangkat, masukkan telur dan kacau rata.

Jika suka pedas, boleh sediakan sambal kicap pedas untuk dimakan dengan mee hoon ini.  

Catat Ulasan for "Mee Hoon Goreng Putih Sedap "