Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jemput Jemput Durian Dan Husnul Khatimah

 


Saya sebenarnya masih dalam emosi yang tidak berapa stable. Mungkin sebab masih keletihan, mungkin sebab masih dalam jet lag dan macam macam lagi. Hari ini saya ingin kongsikan petikan dari video Ustaz Naim bab mati dalam husnul khatimah. Kena perbetulkan hobi kita. Kalau kita suka memancing, kita akan mati masa memancing. Kalau hobi kita baca Al Quran, kita akan mati masa baca Al Quran. 

Sebab itu orang yang mati husnul khatimah seperti mati dalam majlis ilmu, kerana dia suka berada dalam majlis ilmu. Itu lah rutin dia. Pantang dengar majlis ilmu dia akan pergi. Jadi hidup dia adalah semua kerana Allah samada dalam perjalanan pergi atau perjalanan balik. 

Pagi pagi dia bersiap ke masjid untuk solat Subuh, meninggal. Meninggal masa nak pergi solat Subuh. Dalam perjalanan balik meninggal, dia meninggal dalam perjalanan ballik dari solat Subuh. 

Balik dia bersiap siap untuk ke majlis kuliah ilmu, dia meninggal. Dia meninggal dalam perjalanan untuk ke majlis ilmu kuliah Dhuha. Atau on the way balik kuliah Dhuha. Zohor pula meninggal, dia dalam perjalanan untuk menunaikan solat Zohor. Antara solat pula baca Al Quran. Seluruh hidupnya adalah kerana Allah Taala. Kematiannya akan menjadi kematian husnul khatimah. 

Bukan lah asyik dok depan televisyen menonton drama atau program huburam sahaja. Itu lah kita kena perbetulkan hobi dan rutin kita jika kita ingin mati dalam husnul khatimah. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.  


Saya belajar resipi ini dari Datin Nik Junainah yang merupakan resipi arwah Bonda beliau. Kami ke rumah Datin Nik di Melaka beberapa hari sebelum saya berangkat ke London baru baru ini. 

Sangat sedap, jadi saya terus snap gambar dan meminta resipi untuk saya kongsikan dengan follower semua. Saya tak buat sendiripun kerana di London ni durian sangat mahal. 


Dulu saya pernah tengok Tengku Ampuan Pahang ketika menjadi Raja Permaisuri Agong telah menunjukkan cara cara menggoreng jemput jemput durian. Kalau tak silap ketika itu, baginda sedang melakukan lawatan rasmi ke Brunei. 

Kalau nak lagi sedap, guna durian yang sedap macam Musang King. Hahaha pasti sedap terangkat lah kan. Jom pakat cuba, pasti makan menambah nambah. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba…


Jemput Jemput Durian
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A:

Isi durian

Gula


Bahan B:

Tepung gandum

Susu penuh krim

1 biji telur

Sedikit garam


Cara cara:

Satukan semua bahan A dan ketepikan. 

Satukan semua bahan B sehingga adunan sedang kepekatannya.

Ceduk adunan A dan celup ke dalam adunan B. Masukkan ke dalam minyak yang panas. Goreng sehingga masak dan keperangan. Angkat dan tos. 



Catat Ulasan for "Jemput Jemput Durian Dan Husnul Khatimah"