Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Goreng Berempah Simple



Bila Allah mendatangkan ujian untuk kita, memang ianya untuk khas untuk kita bukan untuk orang lain. Memang bukan salah alamat. Bila kita tahu perkara ini, maka kita tahu yang ianya bukan kerana orang lain punya pasal. Ini memang Allah nak bagi pada saya. Dan saya kalau redha dengan Qadha Allah maka ianya adalah ciri bersabar yang pertama. 

Dalam hati sahaja, kita berkata Ya Allah aku tau engkau memberikan ujian pada aku ini, ini memang khas untuk aku ya Allah. Datang daripada engkau, maka dari Engkau juga lah datangnya rahmat untuk menyelesaikan masalah ini. Maka lulus satu pertiga. 

Sesungguhnya kami ini ya Allah, milik Mu. Harta saya, kaki saya, mata saya, tangan saya, orang sekitar saya dan apa apa sahaja yang Engkau beri Rahmat sehingga hari ini, semuanya milik Engkau, Ya Allah. 

Segala apa yang kita ada, memang milik Allah. Jadi kalau kita sakit atau kita kehilangan apa apa, ini semua engkau boleh ambil kerana memang Engkau yang punya. Lagi banyak Rahmat Allah pernah beri pada kita, lagi lama Rahmat itu sampai pada kita, apa jadi? Kita rasa kita punya. Itulah cabarannya. 

Walaupun kita banyak baca Al Quran, rahmat dan nikmat itu lagi lama, maka ujian bila ditarik itu, lagi sakit. Kecuali kita sedar sesungguhnya kami kepada Mu akan kembali. Dalam keadaan saya diuji ini, saya tetap juga untuk kembali dekat pada Mu. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 



Saya menyediakan ayam goreng berempah ini untuk dimakan dengan nasi lemak. Saya malas nak menyediakan yang nak menggunakan ayam goreng berempah yang menggunakan bawang serai dsb. Jadi guna yang mudah sahaja. 

Resipi ini saya belajar dari sahabat saya yang membuat catering di Kota Bharu, Mama Nah Kitchen. Jadi kalau ada yang nak menempah makanan, boleh contact di fb dan IG mereka. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.   


Ayam Goreng Berempah Simple
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 sudu besar garam atau secukupnya
1 sudu besar serbuk kunyit
1-2 sudu besar serbuk cili - ikut pedas disukai
1-2 sudu besar serbuk kari ayam
Sedikit serbuk pati ayam
Sedikit aji - opsyenal
Tepung bestari secukupnya - opsyenal

Cara cara:
Satukan semua bahan di atas. Gaul rata dan perap selama 30 minit. Lagi lama perap lagi sedap. 


Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam. Setelah dimasukkan ayam, perlahankan sedikit api dan goreng sehingga ayam masak. 

Balik balikkan banyak kali sehingga salutan pada ayam menjadi garing rangup. 

Angkat dan tos atas penapis untuk ayam rangup. 



Catat Ulasan for "Ayam Goreng Berempah Simple"