Saya ingin kongsilkan petikan dari video Ustaz Naim Sadoon Orang beriman dan bertakwa Allah akan bagi akan diberikan rezeki tak disangka sangka. Apa rezeki tak disangka sangka itu. Ianya adalah rezeki mentaat Allah.
Tuan tuan ada duit RM1 juta belum tentu tuan/puan boleh bangun qiamullail, tuan puan ada 1 juta belum tentu boleh sedekah, belum tentu boleh puasa Isnin dan khamis.
Orang mukmin diberi rezeki paling mahal iaitu rezeki mentaat Allah. Rezeki paling mahal. Solat sunat sebelum Subuh 2 rakaat lebih baik dari dunia dan seisinya, baca Al Quran 1 huruf 700 kebaikan, rezeki boleh puasa hari isnin dan khamis. Jika tuan puan dapat, tuan puan akan dimuliakan oleh Allah. Jika belum dapat, sama sama usahakan. Insya Allah, semoga bermanafaat.
Hari ini saya ternampak ada Puan Rose share pulut tetal di Thread yang menggunakan bunga telang, terus rasa terliur. Kalau saya di Malaysia, mesti dah order. Ianya boleh dimakan dengan serawa durian, sekaya, rendang atau asam pedas.
Jadi saya pun terus turun ke dapur untuk menyediakan pulut kuning. Lagi pulak esok pagi saya akan bercuti ke Scotland dan balik dari sana, saya terus bersiap untuk balik ke Malaysia. Kiranya hari ini saya memasak di London sebelum balik ke Malaysia. Lagi pulak semua bahan bahan diperlukan ada. saya pulak memang nak menyediakan rendang ayam untuk dibawa ke Scotland.
Saya memasak rendang ayam menggunakan pes rendang ready to cook Azie Kitchen jer. Senang sangat, masuk ayam, masuk pes dan masukkan santan. Kacau rata sehingga ayam masak, dah siaap. Masak sehingga kering disukai. Bila dah sejuk, kuah akan lagi kering. Boleh tengok gambar di bawah sekali. Jadi kena agak agak lah kering macam mana yang kita nak.
Jika suka, boleh lah tabur daun kunyit. Tak perlu nak letak apa apa lagi. Dan rasanya pun seperti homemade masak from scratch, bukan rasa seperti ready to eat produk yang dijual.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba semua....
Pulut Kuning Dengan Rendang Ayam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Bahan bahan:
250 gram beras pulut
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping
Sedikit pewarna kuning telur - opsyenal
Bahan lain:
150 gram santan - tak perlu habiskan
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
Daun pandan - opsyenal
Cara cara:
Basuh beras pulut sehingga bersih. Masukkan asam keping dan serbuk kunyit. Kacau sehingga rata. Baru dituang air untuk rendam pulut dan setitis pewarna, jika suka. Ketepikan selama 30-60 minit. Tos air.
Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Lapik daun pandan di atas loyang pengukus (opsyenal).
Masukkan beras pulut dan letak daun pandan di atas nya. Buat lubang lubang untuk cepat masak. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
Sementara itu, satukan santan dengan gula dan garam. Rasakan untuk memastikan ada rasa manis dan masin. Nota: tips dari kakak ipar saya, garam tu mesti sampai rasa masin (masin pperak, istilah orang Kelantan), baru akan sedap dan terasa pada pulut.
Angkat pulut dan tuang ke dalam bekas. Tuang santan ketika pulut masih panas panas dan arung (kacau tanpa henti dengan cara kaup balik) sehingga santan menyerap dan pulut kelihatan berkilat.
Nota: saya kukus sekali sahaja kerana pulut panas akan memasakkan santan.
Santan tak perlu dihabiskan jika pulut telah lembut kerana beras pulut berbeza antara satu jenis dengan yang lain.
Catat Ulasan for "Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka sangka"
Add your comment