Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Inverness Scotland - Day 1



Percutian saya yang ketiga ke Scotland dan pertama ke Inverness. Memang teruja untuk ke sini kali ini kerana ianya percutian bersama anak  cucu untuk mereka bermain ski. Banyak persediaan dari segi pakaian yang dibuat untuk disesuaikan bermain snow dan ski. 

Kami keluar rumah dalam pukul 7.45 pagi dan berjalan ke Bermondsey train station dan ambil train dari London Bridge Train Station ke Gatwick Airport




Memang sangat selesa train ini dan lebih jimat berbanding dengan mengambil uber seperti sebelum ini. Masa perjalanan juga hampir sama. Sesampai di Gatwick Airport, kami naik shuttle untuk ke North Terminal. 

Gate pelepasan hanya dimaklumkan pukul 11.10 pagi. Sementara menunggu, kami naik sarapan dan makan sandwich tuna sedap sangat. 


Gate pelepasan dimaklumkan pukul 11.10 pagi dan kami berjalan ke Gate 103. Ini adalah kali pertama saya naik Easy Jet. 




Nana mengambil speedy boarding. Flight berlepas pukul 12.25 tengahari dan sampai lebih kurang pukul 1.25 petang. Kami menunggu bagasi pukul 2.00 petang dan berjalan keluar. 




Kami kemudian berjalan ke tempat untuk mengambil kereta sewa. Ada insurans harian tambahan yang jika tidak mahu membayar gantirugi sekiranya ada kerosakan pada mereka. Tak perlu memeningkan kepala kerana sebarang kerosakan, kita akan dikenakan gantirugi yang agak tinggi. 


Dari sini, kami terus ke airbnb untuk menunaikan solat. Sebelum keluar, makan spaghetti bolognese yang Nana masak dari rumah terlebih dahulu. Makan dalam sejuk sejuk ni, memang sedap jer.





Kemudian terus bersiap untuk keluar ke bandar Inverness. Ketika mencari parking, nasib baik baca review ada parking yang menggunakan coin dan bila kita tak letak sticker kerana tiada coin, kita akan didenda £50. Masa kami balik terserempak dengan pasangan dari Indonesia yang mengalami masalah tersebut. Kalau ke Inverness, kena hati hati. Jangan terjerat dengan parking ini. Mana lah zaman sekarang orang pakai coin lagi. 

Kami berjalan ke Victoria Market Hall untuk dinner. Kami makan sup seafood dan sayuran sahaja. Di sini, kami perhatikan pengunjungnya adalah orang putih, tidak seperti London. 



Selepas makan, kami keluar bergambar di depan Victoria Market Hall sebagai kenang kenangan. 


Kami kemudian keluar berjalan jalan sekitar bandar untul melihat bandar Inverness menjelang perayaan Krismas dalam beberapa hari lagi. Tak nampak lampu lampu semeriah seperti di London pun. 


Kami kemudian berjalan ke sungai yang terletak di tengah bandar iaitu River Ness. Airbnb kami sebenarnya tidak jauh jer dari sungai ini. 



Tapi serious seram melihat sungai ini lagi lagi di malam hari kerana arusnya yang sangat kuat. Dah lah kuatnya, sungainya lebar seperti sungai sungai di Switzerland. Jambatan gantung akan bergerak bila kita berjalan di atasnya. 

Akhir sekali kami balik ke kereta kerana sangat sejuk. Nana singgah di Tesco untuk beli barang. Kemudian terus balik ke airbnb. Serious lah sejuk sangat di sini walaupun ada heater di setiap bilik. Lantai pun sejuk dan saya pulak tak bawa stokin untuk rumah. 

Ok sehingga di sini dahulu, nantikan sambungannya di entri berikutnya. 


Catat Ulasan for "Percutian Inverness Scotland - Day 1"