Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Bawang Putih Dan Peneman Dalam Kubur



Saya ingin kongsikan video Tokku Pasir Gudang berkenaan yang akan bersama kita di dalam kubur ialah amal soleh. Khalifah Umar bina Abdul Aziz dengan penasihatnya pergi ke kubur. Beliau berkata ini keturunan Bani Umaiyah dulu yang gah berkuasa, gah jadi menteri, gah kaya. Macam mana kita lihat orang orang hari ini gah dengan kekayaan, gah dengan jawatan dan pengikutnya, hari ini mereka dah mati. 

Mereka tidak lagi dapat menikmati kemewahan yang mereka bina dulu. Kemewahan yang mereka pernah punyai dulu. Kini mereka di dalam kubur hancur luluh semuanya. Maka inilah dia dunia. 

Kita tengok orang yang dah mati yang pernah bersama dengan kita, orang yang pernah menikmati hidup ini keseronokannya orang yang pernah bercita cita dan berangan macam kita, orang yang pernah jaga kesihatan macam kita, orang yang pernah menyangka usianya akan mencapai umur yang panjang, rupa rupanya dah mati. 

Maka kita pun sama, jadi jangan berangan lebih sangat. Kelak kia akan mati cepat atau lambat kita akan pergi. Sepatutnya benda ini menginsafkan kita. Apa persiapan kita. Jangan fikir pasal suami dan anak anak secara berlebihan. Fikirlah amalan kita dengan berlebihan, cukup ke. Kita di sana tiada pembantu, tiada teman, tiada yang mendengar jeritan kita, ratapan kita, rayuan kita, walaupun sekuat mana kita memanggil suami, anak anak, kawan kawan, pengaruh kerana semuanya diam membisu. 

Ini kerana adanya dinding yang menghalang suara itu kedengaran dan tembus. Ini dinamakan barzah dinding, alam dinding atau alam barzah. Sekatan. Yang akan mendengar dan akan bersama kita hanyalah amal soleh. Oleh itu jangan berkira dalam membuat amalan soleh. Jangan berkira masa dalam membuat amalan soleh. Jangan berkira harta dalam membuat amalan soleh. 

Jangan berkira penat dalam membuat amalan soleh. Jangan membuat alasan dalam amalan soleh. Ianya perlu dibuat dengan pengorbanan dan mujahadah dengan kesungguhan dan dengan perjuangan. Biar kita mati dalam melakukan amalan soleh. Bukan mati dalam keselamatan syahwat yang merugikan kita dunia akhirat. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. Sekarang kita masuk bab resipi pula.


Saya memang suka makan nasi goreng. Jadi saya akan pelbagaikan cara memasak dan juga bahan bahan yang digunakan supaya tidak lah jemu dengan sejenis nasi goreng sahaja. Kadang kadang kita ubah cara memasak, akan memberikan rasa yang berbeza. 

Kalau sesiapa yang menggemari bawang putih, memang patut cuba nasi goreng bawang putih ini. Sedap sangat bila terasa bawang putih yang digoreng garing garing dalam nasi. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…



Nasi Goreng Cina
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Nasi putih sejuk
Segenggam bawang putih - cincang
3 biji telur
Isi ayam/udang - apa apa yang disukai
Kacang panjang/karot - apa apa yang disukai
Minyak masak
Minyak bijan
½  sudu kecil garam
Serbuk perasa

Cara cara:
Panaskan minyak dan minyak bijan, tumis bawang putih cincang sehingga kekuningan. Angkat separuh darinya dan ketepikan. 

Masukkan telur dan kacau rata sehingga menjadi seperti telur scramble. 

Jika suka, boleh masukkan sayuran kacang panjang atau karot. 

Masukkan nasi, garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Nota, jika suka masukkan sedikit soya sauce dari tepi kuali. Ini opsyenal.

Akhir sekali, angkat dan tabur bawang goreng yang diketepikan tadi. Tabur daun bawang, jika suka.




Catat Ulasan for "Nasi Goreng Bawang Putih Dan Peneman Dalam Kubur"