Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Ala Mak Semah



Alhamdulillah hari ini saya menyediakan nasi goreng ala ala Mak Semah, mak pada Datin Paduka Umie Aida, Erma Fatima dan Betty Rahmad. Katanya nasi goreng kegemaran Betty masa sekolah. Saya biasa masak nasi goreng macam ni tapi bila nampak Mak Semah masak pun sama bahan dan caranya dengan saya, jadi saya namakan nasi goreng ini sebagai nasi goreng Mak Semah. 

Bezanya Mak Semah tumbuk semua bahan. Tapi saya hanya guna food processor sahaja. Memang rasanya lain kalau tumbuk dengan kisar kerana bila ditumbuk bawang dan bahan tumbuk tu akan keluar perisa di dalamnya, jadi bila ditumis akan lebih sedap.

Saya suka melihat orang tua tua memasak. Hahaha walaupun saya sendiri dah tua tapi cara saya memasak lain kerana saya bekerja dari usia muda. Dah bersara baru masuk dapur sepenuh masa. Beza dengan orang yang dari muda belajar memasak dengan emak mereka. 


Saya makan dengan telur goreng mata. Tapi sebab nak jimat, goreng telur mata dalam minyak yang sedikit dan kuali pulak leper, saya pecahkan sedikit telur kuning kerana tak suka yang telur kuning lembik. Kalau nak goreng telur mata yang cantik kena guna kuali cembung dan minyak banyak, baru cantik macam kedai. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...


Nasi Goreng Ala Mak Semah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Nasi putih
1-2 biji telur
Garam
Serbuk perasa

Bahan tumbuk:
5 biji cili padi - ikut suka pedas
4-5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1-2 jemput ikan bilis

Cara cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing dan keperangan, masukkan telur. Kacau rata.

Masukkan nasi dan kacau rata. Masukkan garam dan serbuk perasa. 

Besarkan api dan kacau sehingga berasap asap. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Nota: jika suka, letak lah daun bawang atau apa apa sayuran yang disukai. 


Catat Ulasan for "Nasi Goreng Ala Mak Semah"