Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Che Mek Molek Di London Dan Dunia Penuh Tipu Daya





Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang berkenaan tipu daya kehidupan dunia. Di mulakan dengan 2 malam yang pasti akan diingati di dunia ini. Pertama, malam di mana kita berkumpul sekeluarga tak kira lah malam hari raya atau malam apa pun dengan penuh kegembiraan. Malam diingati kerana berkumpul sekeluarga. 

Satu lagi malam ialah berkumpul untuk menangisi kematian. Siapa yang akan kita tangisi, mungkin ibu kita, mungkin ayah kita. Menangisi dan menghantar kita untuk melihat apa yang berlaku pada malam pertama di alam barzah. Kata Allah, wahai manusia, janji Allah itu benar, jangan kamu terpedaya dengan kehidupan dunia kerana kehidupan dunia akan berakhir dengan kesedihan. 

Dunia tak akan berakhir dengan kegembiraan kalau kita melihat nikmat dunia. Tapi kalau melihat nikmat akhirat, ia akan berakhir dengan kegembiraan. Tapi kalau manusia yang hanya memburu dunia, maka semua kehidupan manusia walau sehebat mana pun, akan berakhir dengan tangisan. 

Yang namanya Yang Dipertuan Agung, Sultan dan Perdana Menteri semuanya juga berakhir dengan tangisan. Yang terkaya di dunia juga akan berakhir dengan tangisan. Yang terkuat dan tergagah juga akan berakhir dengan tangisan. Melainkan orang yang melihat akhirat, dia akan berakhir dengan kegembiraan. Kematian itu jambangan orang beriman. 

Kepada orang yang hanya melihat dunia, kata Allah jangan kamu terpedaya dengan kehidupan dunia. Kerana ia akan berakhir segala galanya. Wahai yang bergembira dengan kekayaannya, sudah berakhir kegembiraan kamu. Wahai yang berseronok dengan segala hiburan, sudah berakhir  keseronokan kamu dalam hiburan. Wahai orang orang yang gembira dengan jawatan, pangkat dan kekuasaan, sudah berakhir tempoh kamu, Wahai yang seronok dengan harta benda dan kekayaan, sudah berakhir kekayaan kamu. 

Wahai yang melakukan taat, sudah tamat peluang kamu. Tengoklah dia nama kehidupan dunia ia akan mengakhirkan segala benda yang kita baru nak mula. Manusia menyangka dunia ini dia baru nak mula, dan dia akan terus bermula.

Tak kerana kadang kadang kita tak sempat mula, dia dah berakhir. Tak sempat mula, baru nak rasa sikit, esok nak rasa bonus gaji dan malam ni dah pergi. Baru nak rasa gerbang perkahwinan, tiba tiba dah pergi kita. Kerana dunia cuma menjanjikan pengakhiran bukan menjanjikan permulaan. 

Akhirat menjanjikan permulaan yang tiada akhir. Nyawa kita akan berhenti di dunia. Detik degupan jantung kita berhenti. Inilah kehidupan dunia. Kita dah buat segala galanya untuk kehidupan sihat, dia akan berhenti. Saya baru mula nak sihat, baru mula nak jogging, mati dah hari ini. Ramai orang beli rumah baru dan bercita cita mendiaminya tapi tak sempat dia memulakannya. 

Semuanya kita lihat dan semua nya bukti bagaimana dunia ini menipu. Menipu pada harapan kita. Dunia yang memberi harapan tak akan berikan kepada kita harapan. Sebab itu kita melihat pada harapan akhirat. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.


Ini lah kali pertama saya membuat kuih che mek molek di London. Satu hari tu saya meminta anak saya membeli ubi keledek kerana selalu jer nampak ubi keledek di pasaraya. Saya balik rebus dan makan begitu sahaja. Seharian juga saya menjadi seperti kembung dan pening kepala. Baru terfikir ini mesti sebab makan ubi keledek. 

Lama juga saya perap yang sebiji lagi kerana dah jadi macam serik pula nak makan ubi keledek. Akhirya saya cuba buat che mek molek ni. Alhamdulillah sedap pulak dan saya makan OK pula. Risau lah juga kan. Di London ni, kita bukan boleh pergi ke klinik macam di Malaysia. Kena ada appointment dan ubat pun kena beli di farmasi selepas mendapat preskripsi dari doktor. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini.  Selamat mencuba...



Kuih Che Mek Molek
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 batang ubi keledek
3-4 sudu besar tepung gandum
Gula secukupnya - sebagai inti

Cara cara:
Rebus ubi sehingga empuk. Tumbuk atau kisar sehingga halus. Masukkan tepung gandum dan gaul rata sehingga sebati. 

Ambil secukupnya adunan dan bulatkan. Buatkan seperti cawan. Masukkan gula dan balut kemas sehingga menjadi lonjong. 

Panaskan minyak dan goreng atas api sederhana sehingga kekuningan dan agak agak gula mencair. Balik balikkan supaya masak sekata. 



Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba…


Catat Ulasan for "Kuih Che Mek Molek Di London Dan Dunia Penuh Tipu Daya"