Jalan Jalan Di Inverness Day 2
Kami meneruskan perjalanan dan dalam perjalanan ada kereta yang menunjukkan isyarat ke atas bukit. Kami pun merasa kehairanan, apa kah yang dimaksudkan jalan tutup atau ada tanah runtuh. Macam macam yang kami teka. Akhirnya bila ternampak sekumpulan reindeer di tepi jalan, baru kami faham apa yang cuba disampaikan. Melihat wild reindeer ini memang sangat mengujakan. Ya lah bukan senang kan untuk kebetulan seperti ini.
Kami berhenti di satu spot untuk melihat bandar Inverness dari atas. Angin sangat kuat macam nak terbang. Pipi pun dah rasa kebas dek kesejukan. Aliya pun cakap wind is pushing me. Kami kemudian membawa mereka ke dalam kereta. Bahaya kalau anak anak berada di luar dalam keadaan angin kuat seperti ini.
Meneruskan perjalanan ke Doress Beach, satu lagi beach yang menjadi tumpuan untuk mereka berehat sambil membawa anjing bersiar siar. Rimas pula bila anjing keluar dari air akan memusing musing atau melibas badan untuk mengeringkan air. Risau kot air terlibas kepada kita pulak.
Kami kemudian balik ke Inverness dan singgah airnnb untuk menunaikan solat. Kemudian kami berjalan kaki ke Ness Island yang terletak tidak jauh melalui jalan tepi sungai yang cantik. Cuma air deras itu yang agak menakutkan.
Balik dari sini, terus naik kereta untuk ke bandar Inverness untuk late lunch. Jam baru pukul 5.30 tapi gelap macam dah malam. Kami pesan pizza dan nanchos sahaja.
Sehingga di sini dahulu, bertemu lagi di entri seterusnya. Salam sayang buat semua….

















Catat Ulasan for "Jalan Jalan Di Inverness Day 2"
Add your comment