Inverness Castle dan Reindeer Farm Day 3
Alhamdulillah kita bersua lagi. Hari ini adalah hari terakhir di Inverness dan selepas checkout, kami akan bertolak ke Aviemore. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Pagi lagi bangun sarapan dengan nasi lemak. Lauk nasi lemak kami ialah ikan bilis goreng, timun dan telur mata. Alhamdulillah sedap pula makan nasi lemak dalam cuaca sejuk.
Selepas makan, kami keluar ke Inverness Castle yang terletak tidak jauh dari airbnb kami. Semasa keluar sari kereta, terserempak dengan group pelancung dari Malaysia yang baru sahaja melawat Inverness Castle.
Castle ini terletak di atas bukit tapi tidak lah tinggi sangat. Ada banyak ketulan ais kecil dari hujan air batu di lantai keliling castle yang menyebabkan Ammar dan Aliya begitu seronok mengutipnya.
Saya mengambil peluang bergambar kenangan di sekitar castle ini. Pemandangan sungai dan bandar sangat cantik bila dilihat dari atas.
Dari sini, kami meneruskan perjalanan ke Aviemore yang memakan masa dalam 45 minit sahaja. Sebelum ke airbnb, kami singgah dulu di Loch Morlich Beach di Glenmore Forest Park untuk bergambar. Banyak itik yang menjadi tarikan pengunjung untuk bergambar.
Kemudian singgah minum di The Alt Mor Cafe. Kami bawa sandwich tuna kerana makanan di sini tidak banyak pilihan.
Kami kemudian berjalan kaki ke reindeer farm dan mendengar penerangan berkenaan reindeer. Alhamdulillah dah lebih setengah abad baru dapat tengok reindeer yang macam spesis rusa lah kalau kat tempat kita.
Serious berat tanduk reindeer ni dan licin macam tanduk lembu. Itu baru sebelah. Kalau 2 belah, macam mana lah reindeer berlari dengan tanduk yang berat. Begitu hebat ciptaan Illahi untuk makhluknya. Reindeer ni semua ada tanduk samada yang jantan atau betina. Tanduk juga boleh gugur dan akan tumbuh yang baru. Ini semua boleh dibaca di dewan sebelum masuk ke farm. Untuk masuk ke sini, kita perlu membeli tiket masuk.
Selepas selesai di sini, kami meneruskan perjalanan untuk ke airbnb. Kami singgah dulu di kedai Coop yang terletak berdekatan dengan airbnb untuk membeli bahan masakan dan buah buahan. Selepas check in, kami solat dan berehat.
Sehingga di sini dahulu. Jangan lupa nantikan sambungannya di entri akan datang. Salam sayang buat semua….
















Catat Ulasan for "Inverness Castle dan Reindeer Farm Day 3"
Add your comment