Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Daging Masak Kicap Sedap Di Musim Winter



Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang berkenaan ibadah gantian untuk mendapat sesuatu pahala. Amalan ganti yang kita susah nak buat contoh qiamullail yang kita tahu sangat besar pahalanya tapi kita susah nak melakukannya. Adakah amalan lain sebagai ganti qiamullail. Saya nak kelebihan qiamullail. 

Rasulullah pun maklum perkara ini. Maka Rasulullah menyebut sejumlah amalan yang memberi kelebihan seperti qiamullail. Antaranya siapa solat Isyak berjemaah, maka pahalanya seperti qiamullail separuh malam, siapa solat subuh berjemaah seolah dia bangun sepanjang malam. 

Siapa jaga kebajikan anak yatim dan janda, pahalanya seperti qiamullail. Yang mana susah, pergi hantar bantuan. Kita solat terawih bersama imam dan jangan bangun sehingga imam bangun pun kita dapat pahala qiamullail. 

Nabi menyebut juga siapa solat sunat 4 rakaat sebelum solat zohor, maka dia dapat kelebihan seperti qiamullail. Samada dua dua atau 4 rakaat terus. Yang mana susah qiamullail, Rasulullah kata baca 100 ayat sebelum tidur. Kelebihannya seperti qiamullail. 

Kalau payah juga, baca 2 ayat terakhir surah Al Baqarah, pun cukup tak bangun pun tak apa. Antara amalan lain yang memberi pahala qiamullail ialah niat nak bangun qiamullail walaupun tak bangun. 

Yang lain ialah tuan puan gerakkan orang bangun untuk buat qiamullail dan tuan puan tidur. Pun dapat pahala sebab kita dah suruh benda yang baik. Itu antara benda gantian kepada ibadah yang susah untuk kita lakukan walaupun tahu kelebihannya.


Sebenarnya dah lama saya tak update resipi. Bukan kerana tak memasak. Hari hari pun memasak tetapi cuaca di musim winter ni suram dan mendung sahaja. Jadi kalau ambil video, hasil pun tak berapa cantik.

Hari ini saya kongsikan resipi daging masak kicap yang mudah dan ringkas sahaja. yang penting sedap untuk dimakan dengan nasi panas panas di musim sejuk ini. Sejuk sangat sangat. Saya keluar ke balconi kebetulan selepas hujan, hanya selepas beberapa minit sahaja, kaki dah rasa macam beku. Hahaha kalau macam ni memang dok berkurung dalam selimut sahaja. Dengar video ustaz ustaz dan berzikir banyak banyak. 


Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....


Daging Masak Kicap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
400-500 gram daging
3 sekawan - opsyenal
1 biji bawang besar - hiris
1 batang lada merah - belah dua
Daun bawang

Bahan kisar:
1 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan perasa:
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Kicap manis mengikut kepekatan
1 keping kecil asam keping
Secubit gula - opsyenal
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk perasa

Cara cara:
Tumis semua bahan kisar sehingga garing dan betul betul masak. Masukkan daging dan kacau rata sehingga air daging keluar. Tambah air secukupnya untuk empukkan daging. 



Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap secukupnya.

Masukkan garam, serbuk perasa dan asam keping.

Masukkan sedikit air untuk kuah. Masak sehingga mendidih dan kuah sedikit pekat. 

Masukkan bawang besar hiris dan cili hidup. Akhir sekali taburkan hirisan daun sup atau daun bawang sebagai perhiasan.



Catat Ulasan for "Daging Masak Kicap Sedap Di Musim Winter"