Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pengalaman Menaiki Classic Train Day 6 -1



Alhamdulillah bersua lagi. Haa sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya dan juga klik follow blog tau. terima kasih atas kerjasama anda semua. Semoga Allah juga membalasnya. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.

Selepas menunaikan solat, kami kemudian berjalan untuk ke train station. Train pukul 2.15 petang yang akan membawa kami melihat panorama cantik sepanjang perjalanan bermula dari Montreux dan berakhir di Zwessimen train station.

Seriously di Switzerland ini semua tempat cantik, semua angle cantik dengan laterbelakang gunung dengan pokok berdaun kekuningan, padang ragut lembu dan biri biri menghijau dihiasi sungai dan tasik dengan air menghijau serta binaan rumah dari papan. Padang ragut mereka pula cantik umpama padang golf di tempat lain.

Mereka memang memotong rumput menggunakan jentera. Rumput ini kemudian disimpan untuk kegunaan di musim sejuk sebagai makanan kepada haiwan ternakan mereka.


Pengalaman menaiki Classic Train The GoldenPass Bella Epoque selama 2 jam ini pastinya sesuatu yang sangat indah. Terasa cepat jer masa berjalan. Tak terasa pun 2 jam telah berlalu. Lagi lagi macam saya yang memang suka melihat view sepanjang perjalanan. Memang tak sanggup nak terlelap walaupun macam mana mengantuk sekali pun.   







Panorama gunung ganang, padang menghijau, sungai dengan air berwarna kehijauan, dedaunan kekuningan dan kemerahan adalah gabungan yang sangat indah. Dalam hati sentiasa berkata untungnya negara mereka dikurniakan Allah dengan keindahan alam sebegini. 




Sebaik turun di station di Zwessimen, ternampak rumah yang berdekatan dengan jalan raya di depan stesyen, jadi apa lagi kami pun bergambar berlatarbelakangkan rumah tersebut. 

Di tepi rumah siap ada lagi lembu lembu yang sedang meragut rumput. Lembu dipakai dengan loceng besar digantung di leher macam loceng di zaman sekolah dulu. Loceng akan berbunyi bila lembut bergerak. Oooh pengalaman dapat melihat dari dekat dan mendengarnya sendiri. 

Selama ini tengok dari jauh sahaja. Ini yang dikatakan jauh perjalanan luas pemandangan untuk kita melihat negara orang dan melihat kehebatan ciptaan Allah.





Kami kemudian menaiki bas untuk makan malam di restoran pizza di Interlaken. Hidangan kami ialah fish and chips walaupun rupanya lebih kepada fish nugget. Di sini mereka menawarkan tambahan fries dan sos tanpa bayaran tambahan. 






Makan fries panas panas dalam cuaca sejuk memang lah sangat nikmatnya. Lebih lebih lagi makan beramai ramai dengan BFF yang dah macam adik beradik, malahan lebih rapat dari adik beradik sendiri pun. Perangai pun masih tak berubah seperti zaman universiti bila berada sesama sendiri. 



Kami kemudian dibawa check in Hotel Grauholz di mana kami akan berada di sini selama 2 malam. Sehingga di sini dulu, semoga bertemu lagi di entri sambungannya. Jangan lupa untuk membacanya tau....

  

Catat Ulasan for "Pengalaman Menaiki Classic Train Day 6 -1 "