Kenangan Di Interlaken Day 7 - 3
Alhamdulillah kita bersua lagi. Hari ini saya akan menyambung catatan perjalanan di beberapa destinasi di Switzerland. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Bermula dari Tasik Blausee, Lauterbrunnen, Grindelwald dan akhir sekali, Interlaken. Saya cuba mengingati jejak jejak kami masa di sini dahulu.
Teringat tempat yang kami datang dengan Juita dan Nelly dulu. Di sini pasti kami tidak lupa kerana di sini kami telah disaman kerana parking kereta tanpa meletak tiket. Kena denda dalam RM220 juga ketika itu kami berhenti makan pizza tanpa dirancang pun setelah ternampak tanda halal di restoran berkenaan yang terletak berdekatan dengan sungai. Boleh klik entri tersebut di SINI.
Sebenarnya deretan kedai yang menjual jam jam mewah tidak jauh dari kedai pizza tepi sungai tersebut. Sebaris sahaja. Maksudnya dari keluar kedai pizza tersebut, belok kiri dan terus berjalan sehingga menemui deretan kedai yang menjual jam mewah ini. Kedai di sini kecil tapi menjual pelbagai jenama jam mewah dari Swiss. Memang best kalau berduit kan tapi saya dah dapat satu jam dah cukup. Tak reti nak bertukar tukar jam pun.
Saya memang tidak ada niat untuk singgah melihat lihat pun kedai kedai jam ni, sebaliknya berjalan untuk mencari puffer jacket untuk dipakai ke Mount Titlis esok.
Saya nak cari jaket yang berwarna supaya nampak lebih kontras dengan background salji yang memutih. Tapi harga jacket di sini semua mahal, bukan mahal sikit tapi mahal giler. Kalau di London, kita boleh dapat jaket cantik dengan harga RM200-300.
Sambil berjalan menghala ke train station di mana tempat kami akan berkumpul sebelum dibawa untuk makan malam, kami singgah di kedai menjual aiskrim gelato. Bila diberitahu aiskrim mereka semua halal, kami terus order. Yaa ampuun sedap giler gelato di sini. Rasa coklat pun sedap, rasa pistachio pun sedap. Terasa macam rasa coklat dan pistachio yang premium.
Selepas train station, kami melintas untuk mencari sungai yang mana kami bergambar dulu. Haa dekat sahaja. Rupanya Interlaken ini tidak lah besar mana pun. Senang jer untuk mencari satu satu lokasi. Sempat lah bergambar dengan pokok berdaun kemerahan di train station ni.
Di sungai ini lah kami singgah dan bergambar April 2019 dahulu. Jadi kami bergambarlah di sini untuk mengimbau kenangan lalu. Tempat yang menggamit kenangan.
Selepas bergambar, kami singgah makan kerana kami tak sempat makan tengahari di Lauterbrunnen. Restoran India di mana kami memesan fish and chips dan teh masalla.
Bila melihat masih ada banyak masa, kami berpatah balik ke deretan kedai kedai di hadapan train station, untuk mencari jacket. Alhamdulillah kerana akhir nya jumpa jaket yang ada saiz, warna dan harga pun tak mahal sangat. Walaupun tak ada warna terang tapi lebih baik dari jaket hitam yang saya bawa. Harga asal dalam CHF75.00 tapi dapat harga diskaun 50%. Haa dapat pakai baju baru di Mount Titlis esok.
Kemudian kami mendapat mesej whatsapp yang group telah pun pergi ke restoran Arab, awal dari waktu sepatutnya. Jadi kami terus berjalan ke sana. Restoran ini berada di tingkat 3 tidak jauh dari sungai yang kami bergambar.
Selesai sudah aktiviti kami pada hari ini. Kami kemudian berjalan ke bas dan dibawa ke hotel untuk berehat. Sehingga di sini dahulu, nantikan aktiviti kami di Mount Titlis di entri seterusnya. Salam sayang buat semua.....

.jpg)











Catat Ulasan for "Kenangan Di Interlaken Day 7 - 3"
Add your comment