Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sayur Goreng Campur Dan Tetamu Di London



Alhamdulillah kita bersua lagi. Saya tak pasti dengan orang lain tapi saya memang terlalu benci dengan perangai orang suka bercakap bohong dan menyembunyikan kebenaran. Saya memang sejak kecil diajar bahawa berbohong itu berdosa dan berdosa itu membawa ke neraka. Memang bunyi jer perkataan neraka, sangat takut. 

Arwah bonda saya memang suka bercerita bab syurga dan neraka. Bukan sahaja dari saya kecil tetapi sehingga saya dah beranak pinak pun. Kalau saya balik kampung, ada jer dia akan ambil peluang mendekati saya dan cuba test saya punya kefahaman pada agama. 

Dia akan tanya bab rukun iman, amalan baca surah tertentu sebelum tidur dsb. Zaman dulu ilmu macam ni, bukan ada di hujung jari. Kena pergi dengar orang mengajar di majlis ilmu baru dapat. Arwah Bonda saya pula memang tinggal dan belajar di Pondok Pengajian Agama sejak tahun 1995 sehingga lah arwah dah uzur. 

Alhamdulillah seingat saya, saya tidak pernah lagi berbohong. Zaman sekarang ramai orang suka spin atas pelbagai isu. Benda hitam, boleh spin jadi putih. Begitu lah sebaliknya. Penat tau. Zaman media social lagi bahaya. Sekali spin, akan secara berjemaah pula mengajak orang lain turut sama memetik kata kata tersebut atau kongsi pulak di akaun media socia masing masing. Berkembang biak jadinya. 

Kalau dulu, bila berbohong dengan orang yang kita sedang bercakap sahaja samada berdepan atau di telefon. Kini sekali berbohong dengan terus 34 juta manusia atau mungkin lebih lagi. Andai kita mati, dengan siapa dan bagaimana kita nak minta maaf tu. Menakutkan kerana ianya dosa secara tidak langsung. Atau dosa yang kita tak nampak. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 


Saya menyediakan sayur goreng campur ini untuk hidangan makan malam kawan Nana dari Malaysia yang datang ke rumah. Mereka mahu meninggalkan bag sementara mereka bercuti ke beberapa tempat di Europe. 


Selain sayur goreng campur, saya juga menyediakan ayam masak merah dan telur dadar. Alhamdulillah seronok melihat mereka makan. Maklumlah kadang tengah penat ni tak berselera makan kan. 

Mereka adalah tetamu pertama yang datang berkunjung ke rumah kami. Selama ini bukan tak nak menjemput kawan kawan tetapi maklumlah rumah sewa. Kelengkapan dapur pun tak cukup. Nak memasak untuk ramai dengan periuk kecil memang lah ada masalah. Pinggan mangkuk pun tak cukup. Nak beli pun, kami bukan lama di sini, tak lama dah nak balik Malaysia. Pejam celik pejam celik sahaja. 



Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba semua.....




Sayur Goreng Campur
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 batang karot
Bunga kubis
Brokoli
Cili merah
Minyak masak

Bahan lain:
Daging/ayam/udang
4 ulas bawang putih
2-3 sudu besar sos tiram
Serbuk lada putih - opsyenal 

Cara cara:
Panaskan air dan masukkan sedikt air sehingga mendidih. Masukkan sayur yang keras dulu dan akhir sekali baru masukkan brokoli. Angkat dan tos. 

Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau dan sedikit keperangan. Nota, jika menggunakan daging, ayam atau udang, boleh masukkan ketika ini dan tumis sehingga masak. 

Masukkan sos tiram dan sedikit air. Masukkan sayuran yang telah dicelur tadi.

Angkat dan sedia untuk dihidangkan.



Catat Ulasan for "Sayur Goreng Campur Dan Tetamu Di London"