Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Bawang Putih Dan Perjuangan Sumud Flotilla


Alhamdulillah kerana kita masih diberikan peluang untuk menjalani rutin kehidupan harian kita. Sedang saat ini, kita tidak tahu bagaimana keadaan tahanan Sumud Flotilla yang dibawa ke penjara di Israel. Bagaimana keadaan warga Malaysia yang ditahan, bagaimana keadaan warga wanita Malaysia yang kini sedang di tahan. Doakan agar mereka tidak diapa apakan dan tidak dilayan seperti mana tahanan seorang pengganas kerana mereka adalah aktivis yang membawa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Pagi tadi saya menjadi sangat sebak mendengar video dari Peguam German di mana dikatakan kerajaan German tidak langsung memberi maklum terkini berkenaan tahanan Sumud Flotilla. Bayangkan bagaimana keluarga mereka yang menantikan berita dan perkembangan terkini mereka. Mereka tidak melakukan apa apa kesalahan kerana mereka tidak memasuki lautan Israel tapi menuju pantai di bumi Gaza. 

Saya berpandangan bahawa Global Sumud Flotillla ke 37 walaupun gagal untuk memecahkan kepungan dan menyampaikan bantuan kemanusiaan namun mereka berjaya untuk  mencapai matlamat dari segi to break the silence di mana liputan meluas oleh pelayar Flotilla dari seluruh dunia telah berjaya memberikan liputan dan kesedaran berkenaan apa yang berlaku di Gaza. 

Jika selama ini pihak kerajaan di seluruh dunia mendiamkan diri dan seolah tiada apa yang berlaku di sana, tidak melakukan apa apa untuk membantu Gaza secara konsisten, kini rakyat bangkit dan mendesak agar tekanan dikenakan pada Israel agar membebaskan pelayar yang ditahan di lautan antarabangsa dan secara tidak sah membawa mereka ke Israel tanpa kerelaan mereka. 

Mereka pergi dengan pengorbanan yang besar di mana mereka harus membayar sejumlah wang yang besar untuk menyertainya. Setiap kali melihat video Haji ZRA, saya menjadi sangat sedih kerana kita hidup seharian tidak pernah tahu bagaimana rasanya lapar sedangkan pelayar hanya makan sekali sehari sahaja semasa di dalam boat. Mereka cuma boleh melihat makanan. Apa lagi rakyat Palestine yang mungkin tidak nampak makanan, apa lagi hendak memakannya. Jadi kita yang tidak pergi ni berilah sumbangan doa atau wang untuk membantu mereka.  

Sama sama doakan agar mereka yang ditahan di Israel akan kekal tabah semasa dalam tahanan dan semoga gabungan kapal Freedom Flotilla Coalition dan Thousands Madleen To Gaza yang sedang menuju Gaza akan terus berjuang tanpa gentar. Dengan izin Allah, semua akan mencapai kejayaan. Aamiin.


Saya hari ini menyediakan nasi goreng paling mudah dengan hanya menggunakan bawang putih sebagai bahan utama. Bahan lain yang saya masukkan seperti kacang panjang dan daun bawang hanya lah opsyenal. 

Nasi goreng paling mudah dan sedap, rasa bawang putih yang digoreng garing keperangan menjadikan nasi goreng ini sangat beraroma terutama mereka yang menggemari rasa bawang putih.

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…



Nasi Goreng Bawang Putih
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
½ 
Nasi putih
3 biji telur - kacau rata
1-2 genggam bawang putih - cincang
Cili padi - jika suka pedas
Kacang panjang - opsyenal
Daun bawang - opsyenal
Minyak masak

Bahan lain:
Garam
Serbuk lada sulah
Minyak bijan

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng bawang putih sehingga keperangan menggunakan api perlahan. Keluarkan separuh dari bawang putih goreng dan ketepikan.

Tuang telur dan kacau rata. Masukkan nasi dan kacau rata.

Masukkan cili padi, kacang panjang dan kacau rata.

Masukkan garam, serbuk lada sulah dan minyak bijan. Kacau rata.

Akhir sekali, tabur daun bawang dan bawang putih goreng yang diketepikan tadi. Kacau rata dan sedia untuk diangkat.




Selamat mencuba semua.....


Catat Ulasan for "Nasi Goreng Bawang Putih Dan Perjuangan Sumud Flotilla "