Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Daging Goreng Kunyit Versi Kering Dan Bab Sumud Flotila

 


Saya hari ini saya ingin menulis bab berkaitan Global Sumud Flotilla bila saya mendengar video pendek Tuan Haji ZRA seorang peserta Flotilla Malaysia yang agak berusia berbanding peserta lain. Sedikit berkenaan Global Sumud Flotilla, mengapa dinamakan sumud, ia bermaksud keteguhan dan ketabahan, melambangkan kekuatan rakyat untuk terus bertahan walaupun berdepan sekatan dan serangan. Flotilla pula bermaksud sekumpulan kapal yang bergerak bersama dalam satu misi. 

Misi Global Sumud Flotilla yang konvoi lebih 50 kapal kecil dari 44 negara dengan 500 aktivis yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestine yang dikepung. Selain untuk break the siege, ia juga untuk break the silence. Pertama, mematahkan kepungan Israel di Gaza dan membuka koridor kemanusiaan melalui laut untuk menyampaikan bantuan seperti makanan dan ubat ubatan. Sekatan ini menjadikan rakyat Palestine kekurangan makanan dan dalam kelaparan. Kedua, untuk  dunia kembali bersuara setelah lama menyepi selepas serangan ke atas Palestine. 

Apa yang membuatkan saya terkedu mendengar penerangan ZRA Global Sumud Flotilla ini dipimpin oleh sorang budak perempuan bernama Greta Thunberg yang mengidap Asperger, high functioning autism. Mereka cerdik tapi tak pandai bersosial tak pandai memberi ekspesi. 

Allah mengajar seorang ahli sunni bergaduh soal ilmu menjadi kita lalai tak boleh bergantung pada orang berilmu tapi bergantung kepada seorang  Asperger / orang islam pandai dan bermusuh sesama kereka mereka ni orang barat yang ada bertatoo. kapten kapal tak pakai baju. bumi palestine nak tengok siapa orang Islam nak berjuang. Kalau kita boleh berfikir dan kalau kita orang beriman, tak ke kita fikir bagaimana seorang Asperger membuat aturan dan strategi untuk menaikkan semula perhatian dunia kepada Gaza. Strategi ini berjaya kerana masyarakat dunia kesedaran masyarakat dunia kini tinggi apabila aktivitis merata dunia menyertai Flotilla ini. 

Ada dikongsikan strategi yang dibuat yang bermatlamat untuk break the siege dan break the silence. Yang detail kita boleh baca. Misi pertama bermula bila Greta Thunder dengan kapal Madleen Flotilla ke 35 yang membawa bantuan makanan dan ubatan dibuat June 2025. Mereka telah ditahan oleh Israel sekitar 185 km sebelah barat Gaza. Mereka ditangkap dan dihantar pulang. Greta pergi untuk mendapat gambaran bagaimana untuk menembusi sekatan Israel. 

Manakala bulan Julai Flotilla ke 36, kapal Handala berangkat dan juga ditahan Israel sekitar 75km dari Gaza. Kapal Handala membuat strategi bagaimana untuk mendapat coverage supaya dunia bangkit menyokong Palestine. Juga untuk membuka mata dunia yang sedang tidur. Kesan berita kita lapor dan berapa ramai tengok,  kalau kena tangkap berapa ramai akan tengok untuk bagi kesedaran dunia. 

Jadi gabungan idea dari eksperimen kapal Madleen dan Handala ini yang membawa kepada Sumud Flotilla yang ke 37. Di mana setiap kapal kena ada orang yang boleh menyebar berita di negara yang mereka wakili. 

Kalau gagal Flotilla ke 37 ini dari segi operasi dan matlamat tapi ia berjaya wujudkan Sumud Flotilla ke 38 yang mendapat sokongan kuasa negara di mana mereka membawa delegasi rasmi rakyat negara yang pelayar telah direstu sebagai wakil negara masing masing. Maka Israel akan mendapat lebih tekanan kerana mereka bukan masuk secara haram. 

Flotilla tidak pernah berhenti sejak Flotilla pertama 2008. Kita tak akan berhenti kerana kita gagal, nanti Israel rasa seronok. Dari segi matlamat, untuk menimbulkan kesedaran dan sokongan dunia, mereka berjaya kerana semalam sahaja berapa ramai rakyat dari pelbagai negara keluar berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada Palestine dan mengecam penahanan aktivis dari Flotilla 37. 

Tapi apa yang menyentuh hati saya bila ZRA mengatakan bagaimana Allah menunjukkan pada kita, bila kita ramai orang bijak, kita banyak membangunkan anak yang cerdik tapi hari ini Flotilla ke 37 dipimpin oleh seorang anak yang ada Asperger. Dunia melihat bagaimana anak Asperger memimpin 2 gerakan iaitu alam sekitar dan  mengubah kepungan Israel terhadap Gaza. 

Bagaimana Allah mengajar kita, kamu orang cerdik asyik bergaduh dan terpaling ahli dalam macam macam bab. Ilmu menjadikan kita lalai, maka Allah kata tak boleh lagi bergantung kepada orang berilmu, maka dipilih orang Asperger, orang kurang upaya yang IQ nya dikaitkan dengan kecacatan untuk memimpin Sumud Flotilla. 

Bila orang orang Islam sibuk bertelagah, dan terpaling pandai, sehingga bermusuh sesama kamu, maka Allah pilih orang Barat yang kita selalu sebut sebagai tidak berguna dengan bertatoo, hikmah pada kita ialah bila Allah nak tengok siapa yang benar benar kisah bumi Palestine ni. Kalau orang Islam tak nak perjuangkannya, Allah boleh pilih  sesiapa sahaja. Maka Allah boleh menghantar sesiapa sahaja untuk memimpin sehingga Flotilla dipimpin oleh orang bukan Islam yang badan penuh tatoo. 

Jadi kita yang hanya pandai bercakap, pandai komen di sana sini, apa yang kita buat. Apa sumbangan kita. Sungguh saya malu dengan Allah, malu dengan diri sendiri mendengar ungkapan ini. Kalau kitalah yang dikatakan wahai orang yang boleh berfikir, wahai orang beriman, tak kah kita fikir Allah pilih orang ada Asperger untuk pimpin kerana keberanian ada pada dia, kerana cinta pada Gaza ada pada dia. Sebab yang cerdik semua nak berkelahi. Yang ada ilmu, kitab berlapis lapis semua nak berkelahi.

Ajar anak anak supaya jangan jadi berguna pada diri dan keluarga sahaja tapi kena jadi berguna pada agama, bangsa dan negara. Jangan jaga keluarga kita sahaja. Kita hidup bukan sahaja untuk diri kita tapi ada keperluan untuk jiran kita, ada keperluan untuk bangsa kita, untuk negara kita. Lama lama anak kita bila besar, cinta mereka pada Palestine akan besar, cinta pada Islam akan besar kerana dilatih oleh ibu ayah yang mengatakan jangan isi semua kekayaan kamu dalam poket kamu, jangan isi semua kekayaan kamu dalam rumah kamu. 

Ini adalah kerana  akhirnya kamu menjadi orang Islam yang baik tapi kamu tidak berguna pada agamanya. Kamu nampak seperti seorang muslim yang alim yang menyelamatkan kamu untuk masuk syurga tapi kamu tidak berguna untuk agama kamu. Memang padu sangat ungkapan ini. Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.


Saya memang lauk kering, makan nasi pun kering jer. Kalau terlebih kuah jadi tak berapa lalu. Resipi mudah ini saya belajar Kak Norihan, rakan sepejabat saya kalau tak silap tahun 1987 ketika saya baru berkahwin. Jadi saya meminta rakan rakan mengajar saya resipi simple untuk makan hari hari. Maka diajarnya resipi daging kicap versi kering ni. 

Sedap untuk orang yang tak suka berkuah macam saya. Kalau suka berkuah, bolehlah lebihkan air dan masak sedikit berkuah. Kita yang buat  dia kan? Jadi pandai pandai kita lah nak buat versi macam mana pun. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…


Daging Goreng Kicap Versi Kering 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
300-500 gram daging 
Garam
Serbuk kunyit

Bahan lain:
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
½ biji bawang Holland - hiris
2-3 biji cili padi
1 biji cili merah - hiris
Daun bawang
Sedikit cuka
Kicap manis
Serbuk perasa - opsyenal

Cara cara:
Lumur daging dengan garam dan serbuk kunyit. Masukkan ke dalam kuali dengan sedikit air. Masak sehingga air hampir kering. 

Tuang minyak dan kacau rata. Masukkan bawang putih dan halia supaya lebih beraroma. 

Kemudian tuang sedikit cuka dan kicap manis. Kacau rata. 

Akhir sekali, masukkan bawang Holland, cili padi, cili merah dan daun bawang. Dah siaap. 


Selamat mencuba…


Catat Ulasan for "Daging Goreng Kunyit Versi Kering Dan Bab Sumud Flotila"